Khamis, 5 Mei 2011

GAYA STANDARD LELAKI YANG SELALU DILAKUKAN

Assalamualaikum warah matullahi ta'ala wabarakatuh dan Salam Mesra . Haa...... jom kita try buat kajian tentang gaya yang SELALU / STANDARD / MENJADI KEBIASAAN para arjuna (lelaki) di ruang kali ini. Bukan sahaja di dalam Malaysia, bahkan di serata ceruk rantau. Wahh..!! Makin dahsyat nampaknya ayat aku nie..!! Ok laa... aku teruskan jer dengan topik utama. Tulis banyak2 pun bukannya korang nak baca sangat kan? kan? hahaha...!!!! 

1) Bergambar gaya boyband / beramai - ramai 




Ini adalah gaya bergambar yang standard mengikut piawaian dan boleh didapati di album gambar setiap jejaka arjuna. Tak kiralah jika wajah anda langsung tiada rupa yang macho. Melakukan aksi bergambar boyband / beramai-ramai sebenarnya memang senang. Ia hanya perlu menggunakan tangan untuk menimbulkan efek boyband seperti bercekak pinggang, menunjukkan jari ke arah sesuatu yang tidak pasti, mahupun membuat lambaian ke horizon. Jika boleh, jangan pandang tepat ke arah kamera. Aksi ini perlu dilakukan secara berkumpulan, sekurang-kurangnya 5 orang. Kalau buat secara solo memang tidak sesuai.


2) Bergambar macho dengan cermin mata hitam






Simbolik kepada pemakaian kaca mata hitam adalah ke''macho''an. Gaya ini pernah dipopularkan oleh A. Galak ataupun Sarjan Misai ketika berlakon kisah Roda Roda KL dulu. Kalau nak nampak lain sikit adalah orang yang beli spek mata ada jaring Kanye West. Haa.. sebab gaya ni memang dah menjadi jadi sekarang nie.. ala.. bese laa.. ternd masa kini laa katakan...... hahahahaha


3) Bergambar bersama kenderaan









Istimewanya tentang lelaki adalah mereka memang gila kenderaan (majoriti) Gila kereta, gila motosikal mahupun gila roller blade. Bagi mereka yang ada kereta mahal dan berkuasa kuda yang tinggi, inilah masanya untuk riak dan mengaburi mata si gadis-gadis. Bagi yang jenis kurang upaya dari segi kewangan, mereka memang pantang melihat kereta-kereta yang eksotik dan rare seperti Ferrari dan Hachi Roku. Kalau nampak je sure diorang akan ambil gambar di sebelah kereta /motor untuk dimuatkan di dalam profil walaupun itu bukan kereta mereka, dan mengimpikan suatu yg belum pasti. hahaha...!!



4) Bergambar sendiri






Aksi ini merujuk kepada seorang lelaki yang mengambil gambar sendiri menggunakan sebelah tangan secara close up. Kononnya dengan cara sebegini memudahkan bahawa sesi pengambi gambaran foto dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan. haha..! Lagi2 aksi sebegini amat popular jika tiada perkara yang mahu dilakukannya ketika itu (bosan). Hahaha...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan