Khamis, 5 Mei 2011

KENAPA DAN MENGAPA?

Kenapa ? Mengapa? Rintihan ini tiba2 memuncak dan menyelubungi diri aku saat ini. Entahla... Sifat kejujuran memang susah untuk semua umat manusia. Aku pun mungkin ade sifat macam tu. Tapi tak laa terlalu jelas dan terlalu nampak dipandang segelintir umat manusia. Perlukah memaksanya untuk berterus terang? Adakah aku mungkin tidak menjadi yang terbaik untuknya? Setiap pergerakan aku diteliti dengan rapi dan pelbagai inisiatif yang cuba aku buat untuk memastikan yang terbaik untuk diri aku. Tapi memang diakui, Allah SWT Maha Segala2nya. Dia tahu apa yang aku buat jujur atau pun sebaliknya. Adakah semua manusia bersifat sebegini? Tiada langsung sifat mahu berubah dan cuba menyembunyikan sesuatu yang amat berharga hanya untuk kepentingan dan keperluan seseorang individu. Apa salahnya jika kita berkongsi ? Bukankah sifat perkongsian ini dapat memupuk talian silaturrahim dengan lebih erat dan rapat?? Memang betul... Tak dinafikan, sesetengah benda sahaja yang dapat di kongsi. Tapi apa salahnya kan kalau dengan seseorang yang rapat dan lebih ambil tahu perihalnya selama ini? Entahlah.. keunikan ciptaan Yang Maha Esa inilah menyebabkan terkadang aku tak boleh menerima hakikat (astaghfirullahal'azim..) yang sebenarnya... Tapi, Dia yang menciptakan segala2nya di fanaa' ini , tentulah ada sesuatu hikmah yang lazimnya kita dengar dan diterokai didalam Al Quran dan Hadith. Bercakap memang pandai, hakikatnya perbuatan tak sama dengan pertuturan. Kredibiliti aku amat mendalam sejurus selepas perkara ini berbangkit. Hanya ALLAH SWT yang tahu semuanya bagaimana hati dan perasaanku ketika itu. Perasaan aku yang sensitif dan amat peka kepada persekitaran ini telah roboh dan musnah hanya kerana sifat kejujuran yang tidak mutlak. Sanubariku sejuk bak ditiup angin monsun apabila mengetahui perkara sebenar. Aku pasti, dia mesti ada jawapannya. Apa yang perlu aku buat sekarang? Aku tak menginginkan apa2 daripadanya, tapi ini lah hakikat. AMIR !!! Belajar menerima hakikat dan realiti ini.... kamu tak boleh mengalah dan sifat kekalahan dan kekecewaan itu bukannya sifat seorang pemimpin. Insya Allah, jika diberi masa dan ruang, dia akan berterus terang pada aku. hurrmm.... entahlaa..... Aku terfikir sejenak, orang takut ke dengan aku? aku hanya manusia biasa.. tiada apa2 kuasa yang ada pada diriku ini. atau adakah aku terlalu serius dalam membuat sesuatu perkara? pada aku... itu normal.. itu memang biasa dan standard yang dilakukan oleh manusia yang mendiami bumi Allah yang terbentang luas ini. Takpe laa... sekarang senang,biarlah aku menyepikan diri untuk seketika. Biarlah dia menguasai dan bergembira disamping orang tersayang. Patutkah aku berundur? atau mungkin patutkah aku berterus terang sejujurnya kepadanya? Entah laa... Aku taknak menjadikan peristiwa lampau berulang kembali bak kata pepatah,  '' bagai pisang berbuah dua kali'' . Aku nak terus menongkah arus ke hadapan. Tidak mahu mematah balik ke belakang. ''Sudah ku meludah sekali , tak mungkin aku akan jilat semula'' . Maaf kepada semua pembaca yang membaca. Lebih2 lagi kepada orang yang saya tujukan ini JIKA terbaca. Mudah2an aku do'akan hatinya terbuka membuat keputusan. Ingat, ''sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'', macamana sorok sekalipun sesuatu perkara itu, jika dapat diketahui, maka bersiap sedialah. Ketika itu, sebarang rintihan, rayuan, pujukan dan penghargaan yang diberikan takkan berguna lagi pada aku. ''Nasi dah jadi bubur'' laa kata orang..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan