Rabu, 4 Mei 2011

SERBA SEDIKIT DI PESTA RIA TREACHER METHODIST GIRL SCHOOL (TMGS) 2011

Assalamualaikum Warah Matullahi Ta'ala Wabarakatuh dan Salam Mesra. 

Apa khabar orang di sana,
Buat apa entah tak tahu,
Harap perkhabaran sihatlah hendaknya,
Moga ALLAH sahaja yg tahu.

Hendak ke pasar menaiki kereta,
Kereta dipinjam dari Pak Jailu,
Hasrat dihati ingin bercerita,
kisah pesta ria di TMGS minggu lalu.

Pergi mulanya aku seorang,
sampai disana berbilang orang,
10 minit kemudian 2 yang datang,
siapa lagi , Asyraf dan Aiman cuba mengekang.

Terjumpa Putera dan juga Akram,
Diorang berdua memang kamcing,
Putera ni memang tak duduk diam,
Jumpa awek jer, mesti nak pancing!

Sungguh ramai perempuan di sana,
Melilau mata gatal sesangat,
Hati ini tak terpaut pada mana-mana,
Aku takut nanti disengat ! (awek aku marah laa..)

Tak kusangka budak KE ramai yang hadir,
bersama utk memeriahkan lagi,
Aku juga agak khuatir,
Maklumlah..maksiat sekarang menjadi-jadi.












Comel tak kesemua adik aku? haa...jangan jeles taw !! 

sampai disini post kali ini,
harap maaf jika ade yg kurang,
lain kali berjumpa lagi,
jika dikurniakan umur yg panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan