Jumaat, 8 Julai 2011

PANTANG LARANG DALAM ISLAM BESERTA DALIL

Yaaa !! Assalamu'alaikum WBT ! Salam 1 Malaysia ! Salam Perak Aman-Jaya ! Salam Sejahtera ! Salam Perpaduan ! Salam Transformasi ! Salam Rindu dan Salam Sayang ! Huhu... Banyak tak ?? Demand sikit kali ini.... Hahaha...... Okey, okey.. Malas nak taip panjang-panjang, cuma nak kongsi sikit laa pasal pantang-larang ataupun perkara yang dicegah untuk dilakukan sepanjang hidup kita. Semalam aku kemas-kemas katil, tetibe jumpa pulak buku tentang khaifiat melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.  Bukan apa, entry kali ini aku khas nak tujukan kepada sapa-sapa kat luar tu yang nak sangat tahu kenapa perkara (petua) orang-orang tua tu kena ikut. Bukannya berkait dengan khurafat ataupun bercanggah dgn Islam, tetapi inilah jawapannya. Nak tahu perkara apa yang perlu dielakkan ? Jom...................... !

Berikut saya senaraikan 23 fakta beserta dalil.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah SWT.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan kering selepas makan. Makruh dan mewarisi kepapaan.  
5. Jangan tidur selepas Subuh, nanti rezeki tak masuk .
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan takut nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah dan kencing syaitan. 
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar dalam perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan mengumpat sesama rakan - taulan. Nanti rosak silaturrahim.
13. Jangan lupa bergantug harap hanya kepada ALLAH SWT dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekahitu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
15. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
16. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah cirri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana dosa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT 
18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
19. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 
20. Jangan suka-suka memasang kemenyan kerana itu adalah makanan jin
21. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan SALAM ketika masuk ke rumah dikuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
22. Jangan memakai tangkal, kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata “ JANGAN” sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui. 


Ade yg tanye, ''Amir, hang buat tu boleh percaya ke? Ni semua bukan boleh pakai laa Amir... Yerlaa..... Mana ade dalam Al-Quran cakap macam tu? Takde kan? Hadith pun tak sebut pun...  Jgn laa percaya sgt dgn ADAT MELAYU nie.... Tak baik... Boleh jatuh khurafat nanti.....'' . Adakah ini adat melayu seperti yg dicakapkan OLEH KAWAN SAYA NI?? Blog inilah jawapannya wahai kawan-kawanku !!!! Sekian, renung-renungkanlah.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan