Sabtu, 4 Februari 2012

ORANG YANG JIWANG KARAT DALAM FB

Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Apa khabar semuanya? Sihatkah anda? Jika ya jawapannya, Alhamdulillah, jika tidak, cepat-cepatlah ke hospital atau klinik yang berdekatan ye.. Bukan apa, takut kalau-2 ade penyakit yang lain pulak.. =_= 

Haa.. Untuk topik terdahulu, aku dapat banyak komen daripada sahabat-handai tak kira yang jauh mahupun dekat, yang rapat mahupun biasa, semua komen ini aku kumpulkan untuk beri yang terbaik demi mencapai cita-cita luhur aku. Hahaha.. Tak kisahlaa komen tu pedas ke tak, asalkan ianya dapat memberikan aku inspirasi untuk aku terus menulis blog aku yang hampir 10,000 yang menjenguknya. Aku akui, blog aku ni bukanlah cantik dan hebat sangat untuk orang menerjah, tetapi memadailah untuk aku meluahkan apa yang aku rasa , apa yang terjadi di sekeliling aku, dan apa yang terjadi pada arus perdana. 

Alhamdulillah, blog aku kini secara tak langsung menjadi salah satu blog yang menyatu-padukan orang-2 sekeliling, inilah yang aku harapkan , inilah yang aku idamkan selama ini, menguatkan talian ukhwah sesama insan, mengeratkan silaturahim sesama keluarga terdekat. Cita-cita aku itu hampir ke kemuncaknya kerana sokongan yang diberikan oleh rakan terdekat. Syukurlah kepadaNya Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurniaNya serta diberi Nur dan inayah daripadaNya blog aku kini sudah menjadi laman blog yang boleh melakarkan senyuman pada manusia. =_=

Entry kali ini pula aku nak senaraikan ANTARA yang aku rasa selalu JIWANG dalam laman sosial FB, yang seringkali mengepos di Wall FB nya dengan ayat yang ... Fuhh ~~ !! JIWANG KARAT kott ! Memang dahsyat kan? Laman FB boleh juga dijadikan laman meluahkan perasaan dan meluahkan rasa cinta dan kasih pada seseorang. Inilah dia hakikat. Hahahaha...


Okeylah, aku teruskan dengan carta TOP 10 orang PALING JIWANG di FB ....























Haaa... Amacam dengan post aku kali ini? Ada menyengat tak? Hehehe.. Kepada sesiapa yang ada dalam ni, maaflaa yer.. Bukan apa, memang aku tengok korang yang TOP 10 ni AMATLAH JIWANG. Hehehe.. Bukannya takde, ade je lagi, cuma tak dapat dikenalpasti sama ada kesahihannya itu. Cuma yang ni jelaa yang aku dapat jumpa. Siap ada link lagi tu tau ! Ha.. Jadi, Teruskanlah karya jiwang anda tu ye? Bukan apa, kadang-2 berjiwang ni pun bagus juga. Boleh dijadikan ayat-2 puitis itu suatu azam. Kadang-2 ia boleh jadi satu tekad. Ha, yang paling best, kadang-2 orang usya kita ni sebagai romantik ~ ~ ~ Eee.. Huh ! Hahaha..^_^ 

Apa-apa pun , sebalum aku mengakhiri ruangan kali ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT BERJIWANG kepada kesemua calon yang diatas ini. Karya jiwang anda itu jika direka sendiri, akan lebih membentuk keperibadian anda, tetapi jika diciplak, maka ia menggambarkan anda seorang yang tidak bijak meluahkan isi hati. Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga entry kali ini dapat lagi mengukir senyuman pada bibir anda. Assalamu'alaikum WBT dan Salam Maulidur Rasul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan