Selasa, 14 Jun 2011

HUKUM HAKAM ALLAH SWT JANGAN DIPERSENDAKAN

Mutakhir ini, terdapat terlalu ramai orang memperlekehkan agama demi memuaskan hawa nafsu masing-masing tanpa mengira lagi hukum hakam yang telah tertulis dalam al Quran dan hadith. Mengapa fenomena ini berlaku?? Adakah kerana kerajaan tidak prihatin akan soal hal ehwal keagamaan ? Atau mungkin kita boleh menuding jari terus kepada ibubapa dan masyarakat setempat?? Atau adakah faktor ini berlaku akibat pergaulan bebas yang kini melanda anak muda remaja Malaysia ?? Persoalannya, mengapa kita sendiri tidak mengambil langkah inisiatif untuk memperbaiki sistem kerohanian tentang Pendidikan dan Pengetahuan Agama Islam? Apakah kita hanya berharap 100% pada kerajaan Malaysia untuk menumpukan sepenuhnya gejala ini? Saya boleh sebutkan 1 per 1 gejala kurang sihat yang telah melanda anak muda remaja Malaysia kini. 

Antara yang paling hebat adalah dengan meWARNAkan RAMBUT. Apakah ibubapa tidak kisah anak - anak mereka terjebak dengan gejala luar ini?? ataupun kehidupan mereka dirumah juga tiada tolok bandingnya jika nak dibandingkan dengan negara2 Barat?? Astaghfirullah'azim....... Jika sudah mewarnakan rambut maka ibadah solat sekalgus tidak boleh dilaksanakan. Kerana apa?? Kerana rambut adalah sebahagian tempat (ubun) untuk kite berwudhuk. Jadi, jika tempat itu di warnakan, bagaimana ibadah solat dilakukan?? Tepuk dada tanya selera.

Yang seterusnya , yang amat2 popular dlm kalangan remaja LELAKI adalah memakai SUBANG. Astaghfirullahal'azim....... Sama ada subang secara bertindik ataupun magnet, ianya tetap dihukumkan HARAM sama sekali !! Kerana apa? Kerana jika mengikut hukum 'Uruf , seseorang lelaki yang memakai subang dikira menyerupai wanita walaupun subang berikut dikira khas untuk lelaki kerana dia memakai perhiasan yang secara khususnya untuk kaum wanita. 

Berikutnya,  remaja LELAKI gemar MEMAKAI RANTAI kononnya menampakkan seolah2 dia yang berpenampilan terkini dan trendy mengikut perkembangan fesyen semasa. Fesyen akhir zaman sememangnya menyesatkan dan amat buruk di kaca mata kita. Ianya tak ubah seperti subang tadi, HARAM kerana ia menyerupai kaum wanita dan dalam mazhab Syafi'iy (Fiqh al-Manhaji) menegaskan haram hukumnya berdasarkan hadis Bukhari yang bermaksud ''Dari Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.". jadi jelaslah bahawa hukum memakai rantai juga haram jika tak kena pada tempatnya. Namun begitu, rantai leher untuk lelaki tidaklah seharusnya dikatakan HARAM MUTLAK kerana lelaki yang memakai rantai sememangnya memakai rantai yang direka khas bentuknya untuk lelaki. Ini samalah seperti lelaki memakai jam tangan dan wanita juga memakai jam tangan. Namun jam lelaki dan wanita adalah berbeza satu sama lain dari segi bentuk dan fesyennya. Memang diketahui bahawa lelakilah yang mencipta dan memakai jam tangan terdahulu. Adilkah dikatakan wanita itu meniru lelaki kerana turut mamakai jam tangan? Pastinya tidak kerana bentuk jam tangan wanita sudah disesuaikan dengan fitrah mereka.

Jadi janganlah kita menghukum sesuatu berdasarkan emosi semata-mata tetapi WAJIB berdasarkan FAKTA. Jika di dalam kepala kita bersarang prinsip Islam itu ketat, sudah pastilah otak kita akan dipengaruhi emosi ketika mentafsir dalil sehingga banyak perkara ditokok tambah. Siapa yang menentukan sesuatu itu tidak baik? Pastinya Al Quran dan hadith. Bukannya emosi dari biji mata dan otak ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah serta alim ulamak, kerana apa? kerana mereka jugak tidak sempurna, mereka jugak hak Allah SWT dan hanya Allah SWT yang Maha Sempurna dan Segalanya2nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan