Selasa, 14 Jun 2011

PERISTIWA DI SUATU PETANG BERTARIKH 14 JUN 2011

Dalam kesibukan bersama keluarga tersayang, kesibukan melayani perasaan yang gundah, keasyikan meloloskan diri dengan cabaran yang hebat akhir akhir ini, kekeliruan dalam konflik diri sendiri, sempat lagi untuk aku meluangkan masa bersama adik angkat aku, Muhammad Aiman bin Nor Azlan dan Mohd Syafik bin Noorazam di Taman Tasik Taiping. Segalanya terungkai sudah, terjawab akhirnya semasa kami bertiga bertentangan mata, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dan susunan kata yang rapi. Alhamdulillah, aku panjatkan SYUKUR ke HADRAT ILLAHI kerana dengan BARAKAH dan LIMAPAH KURNIA-NYA dapat kami bertiga bersama - sama beriadah pada petang 14 June 2011 yang berbahagia ini. Terlerai akhirnya kata - kata yang sememangnya terpahat didada sejak kelmarin. Banyak cerita yang kami sembangkan , banyak ragam yang kami lakukan, banyak perkara yang kami lalui bersama, banyak kisah yang kami rungkaikan sepanjang pertemuan selama 1 Jam 30 minit itu. Perkara apa? Oh ! Maaf.. Tidak boleh aku dedahkan disini. Hanya kami bertiga sahaja yang tahu akan perkara apa. Yang pastinya, kami tidak mengganggu jiwa dan raga sesiapa pun apatah lagi mahu berbicara tentang isu - isu semasa. Masya Allah... Kami sememangnya seronok dan bahagia apabila bersama.




Setibanya aku di Taman Tasik Taiping tepat jam 5.45 petang, mereka tidak sampai lagi, aku pun  menelefon Aiman . Hampir 15 minit ku menunggu di situ, kelihatan mereka berdua tiba di perkarangan taman permainan kanak-kanak. Arghh !! Tak nampak aku ke?? Isshh ! Pelik betul laa... Aku pun menelefon Aiman sekali lagi untuk membuat kepastian, setelah aku habis berbual di telefon, dia parkir motornya lalu menghampiri aku. Tangan dihulur tanda bersapa, muka tersenyum bagai menggoda, hati riang tidak terkata, Syafik juga dibawa bersama, lalu berjalan menuju ke sana, kesana kemari kami bertiga, dup dap dup dap jantung berkata, mulut terus mulakan bicara, tentang apa itu rahsia, hanya yang tahu Allah Yang Esa, kaki terus berjalan kesana, menujulah kami ke kota lama, sedang berjalan tiba tiba terjumpa, terjumpa kawan terus bersapa, setelah itu melangkah seterusnya, sambil niat hati berkata, berkata tentang perkara lama, hanya kami bertiga tahu semuanya, jalan dan jalan mulutku dahaga, singgah sebentar membeli soya, setelah membeli berjalan semula, jam ditangan tunjukkan masa, bahawa maghrib sudah hampir tiba, tangan memetik lampu kamera, berhenti seketika kerana masanya dah tiba, lau terus kami pulang bersama-sama.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan