Isnin, 4 Julai 2011

HATI YANG KERAS BOLEH DILEMBUTKAN DENGAN SATU DO'A

Alhamdulillah syukur kepada Allah Ta'ala kerana limpah dan kurniaNya dapat memanjangkan lagi usia kita pada hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam yang mendiami muka bumi Allah SWT yang Fanaa' ini. Alhamdulillah dengan izinNya Yang Maha Esa , hari ini, tepat pada jam 10.00 Malam bertarikh 3 Julai 2011, daku telah menerima satu panggilan. Wah? Panggilan yang lama tidak aku dengari suaranya sejak 4-5 bulan terdahulu.Dari siapa? Dari lelaki berwajah manis, bermuka spontan, beraksi slumber dan berkulit sawo matang. Siapa? Tidak perlu lah daku bercakap dgn lebih detail lg tentang si Dia yang menelefon. Apa yang pasti, sudah tentunya rakan karibku suatu ketika dahulu. 1Bangunan kami bersama, 1Semester kami berdua, 1KISDAR kami menimba ilmu, 1Jantina itu yg pasti, 1Kos (Kaunseling Islam) kami berkuliah, pernah duduk 1Rumah, pernah juga bercakap dgn 1Perasaan. Malangnya, segala perbuatan tamak dan haloba menyelubungi diri kami yg membuatkan kami berpecah belah sehinggakan aku  membuat keputusan untuk keluar mencari ketenangan yang luhur diluar sana. Diam tak diam, sedar tak sedar, hampir 2 semester lamanya aku meninggalkan mereka. Mereka pula seolah-olah menganggap bahawa aku tidak pernah wujud dalam kalangan mereka setelah aku keluar mengundur diri dan meletakkan semua jawatan dalam kos itu. 
   Tetapi, Alhamdulillah..... hari ini dalam sejarah. Melakarkan sejarah dan fenomena yang telah lama aku idamkan. Mereka seolah-olah mahukan aku kembali bersama mereka untuk bersama memperjuangkan dasar yang mereka belajar tentang psikologi dan teori kaunseling. Sekali lagi aku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurniaNya, dengan kebesaranNya, dengan kekuasaanNya, dengan belas kasihanNya, dengan rahmatNya, dengan Taufiq dan HidayahNya, kami berpakat untuk semula menjayakan segala program yang telah diatur. Insya Allah... Jika diberi mandat ini, diberi sepenuh kepercayaan dan iringan doa yg ikhlas, aku akan cuba mendapatkan seberapa banyak yg mungkin tajaan dan keperluan untuk menampung segala pengurusan yang mereka sasarkan ini. Insya Allah..... Mereka mahukan khidmat dan sokongan dari aku kini, alhamdulillah.... mereka kembali sedar bahawa betapa pentingnya nilai persahabatan itu ..Jika tiada salah seorang drpd sahabat kita yg pernah bersengkokol dgn kita, ibarat cacatlah dinding rumah jika tidak disapukan cat dengan rata. Mereka kini mahu menyelesaikan kesemua masalah antara kami. Alhamdulillah..... terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan..Daku akan menjalankan t/jawab dan melaksanakan dgn sebaik mungkin..... Insya Allah.... sama-sama lah kita berusaha......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan