Jumaat, 19 Ogos 2011

10 HARI LAGI MENJELANGNYA AIDILFITRI 1432 HIJRIAH / 2011 MASIHI


 
Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia ! Yayyy yaayy !! nak raya !! nak raya !! Hari Raya bakal menjelang tiba, Ramadhan pula bakal melabuhkan tirainya, tanda-tanda tahun 1432 Hijriah ini bakal sampai ke penamatnya, untuk bermula 1 Muharram 1433 Hijriah di awalnya, Ramadhan Al-Mubarak kini hampir ke noktah persemadiannya, dan Syawwal pula bakal menggantikannya.

Lidah terkelu tidak terkata apa-apa, raut wajah yang seakan-akan menayangkan perasaan hiba, tersepit diantara kedua posisinya, termaktub dalam lunak sanubarinya, malam yang pekat akan sedia memuncak, apatah lagi sang suria tinggi memacak, dikala perasaan yang tragis dan sadis membuak-buak, rentetan itu kini ku didalam gelojak.

Hehehe.... Sebenarnya saje je aku mulakan mukadimah dengan ayat-ayat yang puitis dan menyentuh perasaan. Takde ape-ape niat pun.. Saja kan, dah lama taak menggunakan ayat sebegitu. Al-maklum laa... Macam- macam benda nak disiapkan menjelang Aidilfitri 1432 Hijriah ini. Hehehe...

Punyalah panjang kan entry kat atas, tapi sebenarnya aku nak ceritakan yang kita semua bakal menyambut Syawwal kira-kira 10 hari sahaja lagi (mengikut kalendar Islam). Tertakluk kepada pindaan. Sebab tahun ni kita berpuasa 29 hari sahaja. Maka, hari ini sudah menjangkau ke angka 19 hari kita menjalani ibadah berpuasa, menunaikan Rukun Islam yang ke-3 ini. Waww !! Tak sangka kan? Masa begitu cepat berputar. Tanpa disedari juga, kita juga bakal menyambut kedatangan Aidilfitri ini dengan kemeriahan 31 Ogos 2011, Hari Kebangsaan. 

Huuu,..... Jalan-jalan walau dimana pun di sekitar kota kecil Taiping Bandar Warisan ini, ribuan orang yang berkeramun di sekitar bandar. Al-maklum laa.. Nak beli persiapan menjelangnya Aidilfitri nanti. Nak bergaya sakan laa agaknya. Hahaha... Banyak kedai-kedai baju seperti butik-butik terkemuka di Taiping, kedai-kedai baju biasa, gedung-gedung tersohor dan premis-premis yang termasyhur dibanjiri dengan kesemua golongan tak kira tua, muda, miskin , dan kaya memenuhi ruangan kedai itu untuk membeli persiapan untuk menyambut kedatangan Hari Lebaran ini. Ada yang beli sarung kusyen, ade yang beli baju Melayu, ade yang beli t-shirt, ade yang beli seluar jeans, ade yang beli kuih raya, ade yg beli kasut, ade yang beli langsir, dan macam - macam lagi laaa yang tak dapat aku nak ceritakan semua. Terlalu banyak ragam manusia yang membanjiri bandar Warisan ini yer?

Tak kurang hebatnya di Mall yang paling popular di Bandar Warisan ini, iaitu Taiping Sentral Mall, diikuti dengan pasaraya-pasaraya The Store Taiping/Kamunting, Tesco, Giant, Econsave, dan pelbagai lagi yang aku tak pandai untuk menyebutnya. Tak kurang dengan jualan di Hypermarket dan Mall, tertubuh jua Gerbang Malam Raya (GMR) dan Down-Town Raya . Masing-masing mengeluarkan idea untuk memikat hati pelanggan agar tertarik untuk membelinya. Setahu aku la, GMR belum lagi beroperasi, tetapi ia sudah pun disediakan tempatnya iaitu di Deretan Hadapan Taiping Jaya, sepanjang laluan tersebut, kira-kira 56 buah gerai akan berpengkalan disitu selama seminggu yang akan datang ini. Berbeza dengan Down-Town pula, ianya sudah pun beroperasi sejak 2 minggu yang lalu bertempat di SK King Edward VII (1), Taiping. Wahh !! Kali ni agak menarik juga, kerana ia mempunyai beberapa bilangan gerai yang telah ditambahkan.

Antara kemeriahan Down-Town yang berada di Taiping Bandar Warisan.










Alhamdulillah, sesungguhnya, walau sekecil-kecil nama tempat itupun. Ade jugak ruangan membeli-belah yang sempurna, murah, berkualiti dan selesa untuk kita semua di Taiping Bandar Warisan. Lafaz kesyukuran aku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa kerana memberi kesempatan untuk kita sama-sama merayakan Lebaran ini dengan gahnya. Dia sahaja lah yang Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Akhirulkalam, rasanya cukuplah karya aku kali ini, sekian sahaja setakat ini, mohon ampun jika terkasar tadi, segala yang baiknya datang daripada DIA yang Maha Esa, dan yang buruk itu datangnya daripada kecuaian dan kelalaian aku sendiri. Mohon ampun dan maaf yer. Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan