Ahad, 14 Ogos 2011

ALLAH SWT BERKEHENDAKAN YANG TERBAIK UNTUK SEKALIAN HAMBA-HAMBANYA

Assalamu'alaikum WBT , Salam Titian Silaturahim , Salam Mesra, Salam Rindu, Salam Sayang, Salam Kasih,Salam Perak Aman-Jaya, Salam Islam Hadhari dan Salam Satu Malaysia !! Entry kali ini saya dalam lapangan keadaan yang bercampur - baur sama ada gembira, sedih, dan macam - macam lagi. 

Amat pedih dan dukacitanya terasa apabila satu perkara yang tidak difahami oleh sesetengah pihak dimanipulasikan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Astaghfirullahal'azim. Cukuplah sekadar menyakiti, menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu kepada saya. Apakah silap saya sehinggakan anda berasa tidak puas hati? Kalaupun mungkin ada keterlanjuran kata, kesilapan langkah saya yang telah membuatkan anda mengguris hati dan perasaan, apakah kita tidak boleh selesaikan dengan cara bermusyawarah dan bertentangan mata? Takpela, memandangkan ini bulan Ramadhan yang mulia, bulan 1001 rahmat dan bulan kesucian untuk umat Islam seluruh dunia, saya dengan rela hati dan ikhlas memaafkan dan pintu hati ini terbuka untuk dibawa berbincang. Mungkin dibulan Ramadhan ini, Allah SWT membebankan aku dengan fitnah, dugaan, dan cabaran ini kerana ingin menguji aku dan kerana ingin meringankan bebanan dosa-dosa aku yang terdahulu. Masya-Allah. 

Perkara yang amat-amat membuatkan saya berasa hiba dan pilu adalah pihak-pihak yang tertentu menjadi dalang untuk memecahbelahkan talian silaturahim kami yang baik selama ini. Sejujurnya secara peribadi , dahulu bila saya berada dalam kelompok itu, saya tidak pernah pun menyindir, mengata hatta dibelakang sekalipun. Malah, saya tahu, itu bukanlah hak saya untuk berbuat demikian, kerana itu adalah sifat peribadi yang saya tidak campur-adukkan dengan kerja-kerja yang dijalankan. Saya tahu, ini terjadi berkemungkinan kerana salah faham, salah sangka, mulut-mulut pihak yg tak bertanggungjawab menyelaraskan agenda tersendiri. Saya akan cuba siasat perkara ini jika ia benar-benar berlaku. 

Seterusnya, saya juga berdukacita kerana akhir-akhir ini, saya telah dihantui dengan pelbagai insiden yang hebat. Ianya terjadi selepas ''peperangan'' yang ''dicetuskan'' oleh ''dalang'' tersebut. Saya amat berasa sedih dan kecewa kerana perbuatan tersebut. Masya-Allah. Dahsyat, memang dahsyat. Benar firman Allah di dalam Al-Qur'an menyebutkan, ''perbuatan memfitnah sesama manusia tidak dapat Aku maafkan melainkan manusia yang difitnahnya memaafkannya.'' Dan Hadith Rasulullah SAW bermaksud, ''tanda-tanda hampir berlakunya hari Qiamat adalah berlakunya penyebaran fitnah yang berleluasa.''

Dan yang terakhir, harapan saya adalah janganlah kita bermasam muka dek kerana bperkara yang belum dipastikan lagi kebenaran dan kesahihannya. Kita sepatutnya menyiasat dan meneliti dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan agar talian silaturrahim tidak terputus begitu sahaja. Apakah kita sanggup menanggung bebanan bara-api sejuta tahun lamanya di Neraka Jahannam kelak? Sifatkankanlah dalam diri itu sesuatu yang positif dan keterbukaan. Jangan menggunakan medium ''orang yang rapat dengan musuh'' untuk ''membenci musuh'' kerana kata pepatah orang Melayu ada mengatakan bahawa, '' sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. '' Demikianlah entry kali ini, Assalamu'alaikum WBT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan