Isnin, 15 Ogos 2011

TERASA TUANYA MENJELANG ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-19 ESOK




Assalamualaikum WBT dan Salam Ramadhan Al-Mubarak . Waahh !! Kini kita sudah hampir ke kemuncak Aidilfitri 1432 Hijriah. Sudah 15 hari kita melalui bersama menempuh Ramadhan Al-Mubarak dengan aktiviti-aktiviti yang berkonsepkan ketuhanan semata-mata utk mengabdikan diri kepada Yang Maha Kuasa, Pencipta Alam Semesta, Tuhan Seluruh Alam. Kini, kita telah pun tiba separuh daripada Bulan Ramadhan , Bulan Kesucian dan bulan yang dilimpahi Rahmat daripadaNya Yang Esa. 15 Ramadhan 1432 Hijriah, bersamaan dengan 15 Ogos 2011. Genap 15 hari kita menjalankan ibadah berpuasa di siang hari, menunaikan Rukun Islam Yang Ketiga.

Wah !! Bermakna , esok adalah tarikh dimana saya dilahirkan 19 tahun terdahulu. Ya ! 16 Ogos 2011 adalah hari lahirku yang ke 19 tahun !! Ya Allah , Ya Rahman, Ya Rahim ! Aku bersyukur kepadaMu kerana sepanjang Engkau kurniakan kepadaku usia sejauh ini, Engkau kurniakan kesihatanku yang baik, keluarga yang menyayangi, sahabat-sahabat yang menyanjungi, saudara-mara yang memahami, pasangan ''couple'' yang mengerti, rezeki yang melimpah-ruah, dan selainnya. Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMu atas kurniaanMu kepadaku selama aku melalui usiaku selama ini.

Bercerita  mengenai tarikh lahir ni, aku rasa yang paling diingati dan yang paling aku rasa dihargai adalah di tahun 2009, dimana aku berada di Tingkatan Lima pada ketika itu. Acara gilang-gemilang diadakan di dewan besar dimulakan dengan bacaan do'a, ucapan-ucapan guru jemputan yang hadir bersama meraikan aku, ucapan-ucapan kawan-kawan aku iaitu Mohd. Zaid, Mohd. Azim Hanifah, dan ramai lagi la. Kemudian diikuti dengan ucapan aku sendiri, seterusnya acara memotong kek. Itulah hari lahir aku yang paling bahagia yang aku rasa dalam hidup aku sepanjang hidup ini setakat ni. Tetapi, walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur hatta tidak disambut dengan sebegitu rupa lagi kerana aku tahu, aku bukanlah lagi warga SMKE VII yang aku cintai. Majlis itu dihadiri kira-kira 100 orang diwakili oleh seluruh warga Badan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sesi pagi dan petang , Lembaga Pengawas dan Disiplin (LPDD) sesi pagi dan petang, serta Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Sesi pagi dan Petang. Itulah hari bahagia yang dikecapi sepanjang hari lahirku. Turut bersama, Tuan Hj Mohd Tamizi bin Mohd Amin, Encik Abdul Mutalib Bin Alias, dan Cik Nur Hidayah bt Abdul Aziz memeriahkan majlis ini.

Berikut adalah gambar yang sempat diambil sepanjang kemeriahan majlis ini.














Setakat ini sahajalah entry aku kali ini, aku benar-benar berharap agar usiaku dipanjangkan dengan belas ehsan, bahagia dan rezeki yg melimpah ruah. Semoga Allah SWT memperkenankan do'aku ini. Insya Allah. Akhir kata , '' kejadian kita adalah sehina-hina dan sebusuk-busuk kejadian, kerana kita dijadikan dengan air mani dan air mazi. Ibu-bapa kita lah bertanggungjawab membesarkan kita, mengilmukan kita, memberi pendidikan agama pada kita, dan memberi kita kesejahteraan hidup dunia dan akhirat pada kita. Tanpa mereka, siapalah kita.'' Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan