Jumaat, 9 September 2011

HARI MERDEKA, HARI KEBANGSAAN, HARI KEBEBASAN !!




 Assalamualaikum  ! Salam Sejahtera ! Salam 1Malaysia ! Salam Transformasi !! Salam Perak Aman-Jaya !! Yaaayyy !!! Kali ini kemerdekaan Malaysia telah pun menjulang ke angka 54 tahun ! Selama inilah juga menandakan Malaysia merupakan negara majmuk dan negara yang mangamalkan budaya berbudi bahasa dan hormat menghormati antara bangsa, agama, budaya dan fahaman masing-masing.

Errm.,.. Kesejahteraan Malaysia dipupuk melalui beberapa sudut tak kira apa jua bangsa yang ada di negara ini , sama-sama berganding bahu giat mempertahan dan memperkukuhkan sensitiviti masing-masing. Err... Dari tahun 1946 lagi Malaysia di jajah oleh pangganas tak kira Jepun ataupun Kamunis. Errm.... Tahun 1957 Tanah Melayu mendapat kemerdekaan yang mutlak. Perjanjian ini dimaterai oleh Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pembesar Inggeris. Jasa Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961. Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas dari penjajah !! Sebab itulah PM pertama, Tunku Abdul Rahman digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Berikutnya, PM yang kedua merupakan tokoh dalam bidang pembangunan kerana beliau sendiri memang bekerjaya dalam bidang pembangunan. Cabaran beliau amat besar kerana beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketika Malaysia dilanda kemiskinan orang Malayu dan perpaduan kaum yang rapuh. Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional (BN) selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC. Jika tiada beliau maka MRSM tidak akan wujud kerana beliau amat serius terhadap pendidikan anak-anak Melayu pada tahun 1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar kaum lain. 

5 tahun memerintah Malaysia, Tun Abdul Razak meninggal dunia ketika beliau masih memegang jawatan PM dan tempatnya diganti oleh PM ke - 3, Tun Hussien Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya, ''Meneruskan Pembangunan Negara''. Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi. Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur asing yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara. Beliau dikenang sebagai Bapa Perpaduan. Tun Hussien Onn meletak jawatan atas faktor kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari yang sama.

Untuk PM ke-4, pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, negara melalui pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia.Terlalu banyak sumbangan beliau jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak pernah jemu memperkenalkan pelbagai dasar serta projek pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur, penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara. Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya. Maka dengan itu, Malaysia mengiktiraf beliau sebagai Bapa Permodenan Malaysia.

Kedatangan PM kelima iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi sebagai pemegang tampuk pemerintahan Malaysia , Pak Lah dilihat cukup matang dan berkaliber bagi meneruskan perjuangan ke arah negara maju yang sedang membangun. Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar Keislaman sejajar dengan aliran semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga kerja Malaysia. Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan kerajaan. Kewibawaan Pak Lah yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya terserlah apabila beliau mampu menghadapi suasana genting penuh emosi di Pusat Dagangan Dunia Putra sejurus selepas Dr Mahathir mengumumkan persaraannya. Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam politik, Pak Lah diyakini mampu menerajui dan meneruskan agenda pembangunan seperti diharapkan rakyat Malaysia. Beliau banyak berjasa dalam membangunkan dunia mencapai kegemilangan kearah keislaman dibawah gagasan Islam Hadhari. Beliau meletakkan jawatan sebagai PM pada 1 April 2009, dan penganalisis politik memberi gelaran Bapa Pembagunan Modal Insan kepada beliau.

Tarikh keramat 3 April 2009, Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Hj Abd Razak menjawat jawatan sebagai PM keenam Malaysia. Najib mencipta sejarah kerana mewarisi bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri kedua. Najib menyertai politik secara aktif selepas Tun Abd Razak meninggal dunia. Legasi pemimpin hebat yang telah melonjakkan pembangunan luar bandar dan mengangkat nama Malaysia ke luar negara itu diteruskan oleh anak sulung Allahyarham pada catatan sejarah bertarikh hari ini. Semestinya rakyat Malaysia pelbagai kaum, di bandar, luar bandar, Semenanjung, Sabah dan Sarawak meletakkan harapan amat tinggi agar upacara hari ini yang disusur galurnya daripada Perlembagaan negara membawa natijah positif. Ketika kesan krisis ekonomi 'menyakiti' pembangunan negara dan menjejaskan serba sedikit agenda rakyat, ketika itulah Najib memerlukan restu dan sokongan rakyat untuk menjayakan fungsinya. Nama DS Najib kini di kedudukan terakhir selepas Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Peralihan kuasa yang tidak pernah menampakkan ranjaunya sepanjang hampir 52 tahun negara mencapai kemerdekaan mewarnai giliran pelantikan Najib. Di sebalik haru-biru yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, tata cara Perlembagaan negara masih disanjung dan dihormati. Sebelum beliau menjadi PM lagi pun, beliau telah memperkenalkan 1Malaysia yang bersegmenkan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Gagasan itu dirasmikan beliau sendiri di seluruh Malaysia. Tahun 2010 beliau memperkenalkan ''1 Malaysia : Menjana Transformasi " dan tahun ketiga beliau menjadi PM di tahun 2011 ini, beliau memperkenalkan ''1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera''. Terlalu kondusif pernyataan transformasi di bibir DS Najib Razak. Sehingga kini beliau digelar Bapa Transformasi Malaysia. 






Jadi, untuk tahun 2011 , Malaysia telah bebas dari penjajah selama 54 tahun. Inilah dia antara gambar-gambar menarik sempena kemerdekaan Malaysia ke 54 tahun ini. Maka, seharusnya kita semua rakyat Malaysia mengekalkan adat istiadat dan keharmonian kita yang berbilang kaum. Apalah sudi kiranya kita semua bersatu padu dalam mengekalkan keutuhan dan kesejahteraan dalam Malaysia. Bukankah Hari Merdeka, Hari Kebangsaan dan Hari Kebebasan itu disebut oleh seluruh rakyat 1Malaysia?? Apa salahnyakan kita berkongsi segalanya? tepuk dada, tanya selera.  Salam 1 Malaysia !!! Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera !!!!!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan