Selasa, 6 September 2011

SUKA DUKA KAMI DI TARIKH 5 SEPTEMBER 2011

Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia ! Haaa.... Apa khabar kesemuanya?? Sihat ke? Alhamdulillah... Harap sihatlah hendakNya disamping keluarga tercinta, sambil merayakan Aidil Fitri yang ke-8 hari ini. Syukur ke Hadirat Illahi kerana memanjangkan usia kita dan menyihatkan tubuh badan kita sehinggakan kita boleh melaksanakan tugasan seharian kita. Alhamdulillah...

Yer, kali ini sukacitanya saya hendak menceritakan tentang kisah kami lapan orang yang berjalan meronda Taman Tasik Taiping diselitkan dengan bahan gurauan semata-mata. Wah !! Tak sangka pula perjalanan ini menyebabkan kami lebih rapat dan erat sehingga kini. Alhamdulillah, berkat kurniaan dari Illahi.

Mulanya, saya menelefon Khairul Ikmal bin Zainudin (Mal) dan Muhd Ramzul Kamal Mubin bin Mohd Aidilfitri (Zul) untuk meng''komform''kan situasi perjalanan kami. Diikuti dengan Syamirul Naim Bin Nadzri (Naim) dan Muhammad Faeadzal (Pedal) . Kisahnya bermula dari rumah saya.

Mulanya kesemuanya datang dahulu berkumpul di rumah saya termasuk Mohd Khairyl Rizal bin Razali (E-jai) dan Mohd Farhan Hisyam (Pa-an). Mereka datang untuk memastikan bahawa adakah kebenaran yang mutlak utkj bersiar-siar di Taman Tasik Taiping. Ternyata selepas 30 minit menunggu, Naim meng''komform''kan bahawa ianya adalah ''ORAIT''.

Dari rumah saya jam 5.45 petang dan kami semua tiba di Taman Tasik Taiping tepat ke angka 6.00 Petang. Wahhh !! Mereka berdua (Ramzul dan Naim) sudah tiba disana. Dengan bermuka manis dan sinis, mereka berdua menegur kami yang baru tiba di situ. Hehehe...

Sesampai sahaja di sana, motor di parkir di tempat yg disediakan. Kami semua berjalan menuju ke laluan pejalan kaki di Taman Tasik., Gurau senda pun bermula. Hehehe.. Hampir sepanjang perjalanan kami itu dipenuhi dengan gelak tawa yang bersendikan bahan gurauan semata-mata. Yang jadi bahnnya, Naim laaa.... Hehehe... hampir 30 minit berjalan, kami semua rehat di satu pondok di tengah kawasan Taman Tasik Taiping. Tanpa segan dan silu saya bertanya, ''awat stop kat sini?'', Mal jawab, '' nak tunggu member lagi sorang, Din.'' . Ooo.... Patut laa.......

Hampir 10 minit menunggu, din mula kelihatan . Dengan membawa motor EX5 berwarna merah, tanpa segan silunya membawa masuk ke lorong pejalan kaki itu. Mukanya agak malu dan kelihatan ceria di samping keriangan yang dibawa kami berenam terdahulunya. Dari situ, kamera Mal pun mula dibuka, untuk mengambil gambar-gambar kenangan kami tujuh orang kesemuanya. 

Bermula dari pondok itulah gambar mula diambil. Naim, selaku pemegang pertama kamera itu mengambil gambar-gambar kami. Tapi, yang menghairankan saya, setiap kali dia pegang kamera tu, cepat pulak habis bateri nya. Kemuyskilan melanda diri kami berenam. Hehehehehe...

Pelbagai reaksi gambar yang diambil. Pelbagai karenah pengunjung kami jumpa. Warna-warni 1Malaysia juga tak ketinggalan. Reaksi gambar-gambar kami juga agak memberikan impak yang baik sejajar dengan muka-muka kami yang nampak mengancam ! Hahaha.... Tergoda tak?

Nak tengok gambar-gambar kami? Inilah antaranya....






















Erm... Rasanya setakat ni sahaja lah entry kali ini. Ape-ape pun terima kasih laa semua yer sebab ajak aku sekali untuk join korang ! Aku amat-amat happy bila korang ade bersama aku. Sesungguhnya biarlah hanya Allah SWT yang membalas budi baik korang yer. Dan aku berdo'a agar hubungan kita akan lebih akrab hingga ke akhir hayat, Insya-Allah. Akhirulkalam, Assalamualaikum WBT dan Salam Lebaran !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan