Isnin, 5 September 2011

SAMBUT LEBARAN DI KOTA METROPOLITAN

Assalamualaikum WBT dan Salam Lebaran. Alhamdulillah, ketika saya menulis artikel ini, Bulan Syawal sedang berada di hari yang ke-6. Hampir seminggu sudah berlalu pada bulan kemenangan umat manusia ini. Sesungguhnya, pada bulan yang mulia ini ramai org telah kembali bersatu-padu melupakan kisah lama yg telah terbuku dihati.

Sesungguhnya, saya juga masih belum terlambat untuk memohon 1000 kemaafan yg telah saya lakukan sepanjang perkenalan saya dgn sesiapa sahaja pun , tak kira sama ada sengaja mahupun tidak, besar mahupun kecil. Sesungguhnya di bulan yang baik ini saling bermaafanlah sesama kita agar kita mengecapi nikmat hidup yg bahagia sepanjang usidan jangka hayat dikandung badan. Maaf dipinta, lupakanlah segalanya.

Bersempena Syawal tahun 1432 Hijriah ini, kami sekeluarga ingin membuat kelainan berbeza dgn tahun-tahun sebelumnya. Untuk tahun terdahulu, kami sekeluarga akan pulang ke desa sebelah arwah ayah di Selangor Darul Ehsan. Tetapi tidak pada tahun ini. Tahun ini kami sebulat suara ingin beraya di Kota Metropolitan, Bandaraya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya. 

Tidak tersangka, tidak diduga. Memang benarlah kata pepatah, ''tak kenal maka tak cinta''. Secara jujurnya, Bandaraya Kota Metropolitan itu tidaklah sebosan yang dijangkakan. ramai kaum kerabat daripada kalangan keluarga sebelah ibu saya berkumpul untuk merayakan Aidilfitri mulia ini. Alhamdulillah, semuanya berjumpa. Inilah dia keberkatan yang dihadiahkan olehNya kepada hambaNya yang kerdil lagi hina ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Duit raya? Ade jugak. Tapi tidaklah sebanyak kalau nak dibandingkan dengan adik kecilku, Nurun Nazua bt Hj Baharin, atau Wawa. Dia lagi banyak. Maklum laa,... Kecil lagi.. Tak sangka juga yer.. Walaupun saya sudah pun menjangkau ke usia hampir dua dekad, ade juga yang masih menghulurkan duit raya dengan jumlah yg drastik. Sungguh tak disangka-sangka !! Terima kasih yer mak, mak ngah, pak ngah, sepupu-sepupu, pakchu min, mak kecik dan seluruh kaum kerabat sebelah ibu saya yang sudi memberikan saya duit raya !! Hehehe.....

Berikut merupakan antara gambar yang dapat saya selitkan betapa meriahnya beraya di Bandaraya Metropolitan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Hari Raya Pertama - Kediaman Pak Su Min














Hari Raya Kedua - Kediaman Mak Ngah dan B/Raya KL





























Yer.... Inilah sahaja paparan untuk kita semua buat kali ini. Maafkanlah jika ada keterlanjuran kata saya sepanjang saya menulis artikel ini. Semoga anda dapat memaafkan saya kelak,Insya-Allah. Di kesempatan ini juga, saya dengan rendah diri mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI dan POHON MAAF ZAHIR DAN BATIN atas kesilapan yang telah dilakukan sepanjang tempoh perkenalan kita bersama. Akhir kata dari saya, '' Sambutlah Syawal dengan reaksi kegembiraan, kerana takut-takut Syawal akan datang kita tidak sempat untuk merayakannya, dan inilah sahaja peluang utnuk kita berkumpul bersama sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga''.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan