Jumaat, 9 September 2011

SYAFIQ AMIR, IRFAN, DAN AIMAN ! TERIMA KASIH KERANA MENERIMA SAYA SEBAGAI TETAMU.

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Aidilfitri !! Yerr... Kita masih di bulan Syawwal lagi yer... Alhamdulillah..... Syukur kita kepadaNya yang Maha Esa kerana Dia memberikan Rahmat kepada sekalian hamba-hambaNya untuk menyambur Aidilfitri lagi di hari ini. Syukur ke hadiratNya dipanjatkan.

Tajuk kali ini mengisahkan tentang kesudian mereka nama-nama diatas itu menerima saya sebagai tetamu sempena Aidilfitri yang masih lagi didalam kalendarnya tersendiri. Alhamdulillah, bukan makanan yang saya pinta, bukan duit raya yang diharapkan, bukan nama dan gelaran yang saya tatangkan, tetami tujuan utama saya untuk mengeratkan talian silaturahim sesama insan sempena lebaran kali ini. Itulah yang sebenar-benarnya yang diajarkan Islam sebagai agama yang sahih dan lengkap.

Saya mula keluar rumah selepas menghantar adik kedua, Nurun Nazua Bt Hj Baharin ke sekolah agama rakyat berhampiran dengan rumah. Tepat ke angka 3 petang, saya menuju ke rumah Syafiq Amir di Taman Kaya. Hampir 20 minit perjalanan dari Kamunting ke Simpang dengan menaiki Yamaha Lagenda 1. Berbekalkan semangat dan kesungguhan yang ditanamkan dalam diri, saya terus menuju ke rumah Syafiq Amir tanpa ada perasaan gusar.

20 minit berlalu. Tibalah saya ke destinasi, rumah Syafiq Amir. Saya disambut oleh adik beliau, kerana Syafiq Amir sedang mandi ketika saya datang. Waahh !!! terkejut saya !! Cantik rumahnya ! Hampir 10 minit menunggu di ruang tamu, Syafiq Amir muncul dengan berwajah manis dan bermuka sinis. Banyak keperlian dari sudut reaksi muka beliau. Tak cakap pun tahu. Air pun dibancuh, balang kuih raya pun disusun dei depan meja tamu. Apalagi tunggu !!!?? Sebat jerrrr !! hehehe.... Tak banyak cerita yang saya kongsikan bersama Syafiq. Kerana kesuntukan masa agaknya. Jam dinding rumahnya menunjukkan ke angka 4 petang. Maka, dengan ucapan relanya saya meminta untuk mengundur diri dari rumah beliau kerana ingin ke rumah yang kedua, rumah Aiman di Assam Kumbang. Tangan berjabat, luahan diberi, dan katahati ke hati diucap. Terima kasih !!

Tepat jam 4.15 petang saya tiba di rumah Aiman di Assam Kumbang, Persiaran Taman Kerajaan. Errmm.. Saya bertuah kerana beliau masih bersikap seperti dahulu.. Thankss Adik Aiman !!!!! Sayang Kamuuuu !!! Errm.. Bukankah kita bahagia kalau kekal begini ? Sedarkah bahawa segala perselisihan faham antara kita selama ini dihasilkan melalui orang ke-3 ? Masya-Allah... Semua itu dah berlalu kan dik ? Maafkanlah mereka2 yang menganiaya kita. Sembang punya sembang di rumah Aiman, jarum jam menunjukkan ke angka 5.30 petang. Saya meminta untuk berundur diri kerana ingin menuju ke destinasi terakhir saya untuk petang ini, Rumah Irfan di Taman Panglima. Sebelum pulang, duit raya saya hadiahkan padanya !! Syg sgt2 !! Hehehe.... Babai adikkkk...... !!

Dari rumah Aiman ke rumah Irfan tak jauh mana pun. Lebih kurang 5 minit sahaja. Alhamdulillah, saya disambut dengan reaksi muka Irfan yang mengharap. Alhamdulillah, Irfan juga menjadi penyambut tetamu yang baik dan sopan. Ketika saya tiba di rumahnya, ibunya tiada. Katanya keluar kerana mengambil adik-adiknya bersekolah agama. Ooo.. Patut laa.... Errmmm... Di rumah Irfan, banyak benda yang di bicarakan. Dari luahan hati hinggalah ke luahan perasaan sanubari inergi. Errmm.. Sedih ada, duka ada, kecewa ada, gembira ada, hiba pun ada. Macam-macam perasaan yang membuak-buak dalam diri kami berdua ini. Errm... entah laa,,, 

Lama juga bersembang dirumah Irfan, dekat nak masuk waktu maghrib baru saya meminta diri untuk pulang kerumaj di Kamunting. Yerlaa.. Lupa pulak malam ni ada bacaan Yaassin dan Tahlil untuk calon PMR, SPM dan STPM di Masjid Kg Boyan anjuran sekolah seperti tiap-tiap tahun sebelum2 nie laa.... Errm.... Tangan dijabat, ucapan maaf dilafazkan, kata-kata hikmat dilemparkan, kunci diambil dan saya terus menuju keluar untuk pulang kerumah. Apa-apa pun terima kasih semua !!!

Muhammad Syafiq Amir bin Nazri


Muhammad Irfan bin Suhaimi


Muhammad Aiman bin Nor 'Azalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan