Jumaat, 1 Julai 2011

AYAT - AYAT YANG DICIPTA KHAS DARI SI DIA UNTUK SAYA

Assalamu'alaikum.... yer... bertemu lagi kita... dah settle pasal rahsia kejayaan utk kami kekalkan perhubungan selama 3 tahun ini, kali ini aku nak kongsikan pula segala macam ayat dari si dia untuk aku sepanjang lebih 4 tahun kami berstatus BF GF.

Koleksi Pertama 
(mula2 dia hantar kat aku sebagai kawan)
Indahnya perkenalan jika bersulamkan keikhlasan,
baiknya persahabatan andai setia yg dipertaruhkan,
dan
untungnya berkawan jika selamanya berkekalan.
(3 Ogos 2008, 1. 45 pagi)

Koleksi Kedua
Jika ada sesiapa meminta kasihmu,
katakanlah ianya daripada ALLAH,
jika ada sesiapa yang meminta cintamu,
Katakanlah ianya kepada Rasulullah,
Jika ada sesiapa meminta rindu dan sayangmu,
katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
Jika ada sesiapa yang meminta untuk hatimu,
maka berikanalah ianya kepada yg benar2 menghargainya.
( 17 September 2008, 12.10 pagi )

Koleksi Ketiga
even we are too far,
or even we have no time to meet,
or even we less SMS,
or even I am very busy,
or even we both are busy,
but...
I alaways remember u in my heart.
( 30 Oktober 2008, 7.04 malam )

Koleksi Ke-4
Kita tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan teman,
memadailah seorang teman yg mebuatkan kita berasa sempurna apabila mengenalinya.
( 1 November 2008, 9.23 malam )

Koleksi Ke-5
(tarikh rasmi kami declare sebagai BF GF)
Hadiah untuk awak, 
lihatlah, apa didalamnya ?
sebuah hati saya
dan
sebuah kejujuran
serta penerimaan saya terhadap awak
tanda
nilai bermulanya hubungan kita.
( 2 November 2008 , 11.00 malam )

Koleksi ke-6
Perhubungan akan kekal dengan adanya
Kejujuran,
Keikhlasan,
Kebenaran,
Ketaqwaan
dan
Kesabaran.
( 25 Januari 2009 , 11.29 malam)

Koleksi Ke-7
Life is Sin90 = 1
friend is cos90 = 0
but my love for you is 
tan90 = infinity... !!
It has no value in this universe....
happy have BF like you .. !
( 1 Februari 2010, 8.09 malam)

Koleksi Ke-8
Kenapa mesti rindu?
Sebab ada hati dan perasaan.
Bila kita nak rindu?
Bila orang yang diingati duduk jauh.
Apa yang nak dirindukan?
Tentang sifatnya dan perangainya.
Siapa yang kene rindu?
Sapa lagi, orang yang baca SMS ni la...
( 27 Mac 2009, 11.24 malam)

Koleksi ke-9
Bibir tersenyum bila ada yang lucu,
Mata menangis bila ada yang terhiris,
Hati sedih bila dilupa,
tapi...
kita akan gembira bila ade yg ingat kita...
(19 April 2009, 8.33 malam)

Koleksi ke-10
Selagi bintang-bintang berkedip,
Selagi mentari bersinar, 
Selagi berombak lautan,
Selagi ada kicauan burung burung,
Selagi aku masih bernyawa,
hanya kau...
tatap ku ingat...
(17 Julai 2009, 8.06 malam)

Koleksi Ke-11
Kita berjumpa kerana takdir, 
kita berkawan kerana kasih sayang,
kita  bersama kerana hati,
kita berpisah kerana cita2,
kita kekal kerana kuatnya ukhwah,
kita bergaduh kerana
1 perasaan
1 ikatan
tp yg paling penting kerana Allah
bukan mudah utk berkawan,
bukan mudah utk kekalkan,
bukan mudah utk teruskan,
bukan mudah sehingga sekarang,
tp semuanya kerana Allah, 
Tanpa DIA tak mungkin semua ini akan terjadi.
( 6 Mei 2010, 9.45 malam)

Koleksi ke-12
jika ada perasaan cinta,
biarkanlah ia berkekalan,
jika ade perasaan sayang,
teruskanlah utk menyayangi..
dan....
jika ada perasaan rindu,
lepaskan rindu itu....
Andai kata ada perasaan benci,
jangan lah disimpan,
dan jikalau ade perasaan marah,
katakanlah...
dan bila ada perasaan sedih, 
sama-samalah kita bersedih..
Jika ada perasaan tak puas hati,
katakan sahaja...
dan bila mata pejam tanpa celik,
ampunkanlah segala dosaku dan
jadikanlah aku satu kenangan.
( 10 Ogos 2010, 3.09 petang )

Koleksi ke-13
cinta kita PERSIS MUTIARA yang sentiasa memancarkan cahayanya yang begemerlapan.
sudah lama aku MENANTI detik ini dalam hidupku.
Namun, JIKA KAU UBAH FIKIRAN disaat aku sudah meletakkanmu di 1 tempat yg istimewa dalam hatiku,
aku redha kerana ANTARA KAU DAN AKU ada 1ikatan yang teguh..
iaitu..CELCOM, memang berbaloi.... hehehe
( 21 Ogos 2010, 10.19 malam) 

Koleksi ke-14
Khas buatmu,
kau telah berjaya menemui sebuah kunciutk membuka pintu hatimu untuk menerima cintamu,
walaupun banyak saingan, namun hanya kau seorang shj yang aku terima.
tiada insan lain yg bertakhta dihatiku melainkan kau seorang.
Jika benar kau adalah cinta sejati yg kutunggu selama ini, berjanjilah padaku.
Kau takkan mendustai percintaan ini.
Sayangi dan cintailah aku dgn sepenuh hatimu sepertimana aku mencintaimu sepenuh hatiku.
Kasih sayang dan cinta suciku ini hanyalah untukmu.
hayatilah perkataan keramatku yg tidak pernah kuungkapkan utk org lain selain dirimu.
'' I LOVE U WITH ALL MY SOUL''
( 19 Oktober 2010, 2.00 petang)

Koleksi ke-15
Wahai kekasihku..
Ku amat merindui dirimu,
bahagianya diri ini disaathatimu sentiasa bersamaku.
tak pernah aku sesali memilih dirimu walau sesaat pun.
Malah, hidupku sentiasa ceria apabila kenangkan memori kita berdua.
Datangnya engkau ibarat sinar cahaya dalam hidupku...
Semoga dgn kehadiranmu akan membuatkan aku tersenyum selalu.
Pecayalah, kasih syg suciku ini hanyalah untukmu..
Aku berharap kau sentiasa mengingati diriku..
kerana dirimulah penawar segala duka selamanya.
Berjanjilah, cinta yg kita semai akan terus mekar hingga ke akhir hayat..
(2 Oktober 2010, 11.11 malam)

Koleksi ke-16
When i miss a person like u,
i don't have too go far,
i just have to look inside my heart
because i know
I'll find U there !
(27 Oktober 2010, 11.47 malam)

Koleksi ke-17
Percintaan itu best ketika masih baru,
lebih best bila ianya sejati dan tulus,
tetapi tahu tak ,
paling best kerana orang yang kita cintai itu adalah....
ehem, ehem.....
letek sendiri laa nama tu....hehehehe..=)
(12 Novenber 2010, 12.10 tengah malam)

Koleksi ke-18
Rindu adalah romantik,
perasaan mencintai seseorang memang menggembirakan,
Bila aku mentapa wajahmu,
hatiku terasa damai...
Sehari tak berjumpa,
aku rasa bagaikan tiada ketenangan,,
Aku patut beri tahu,
'' I LOVE YOU SO MUCH !! "
( 29 November 2010, 12.34 tengah malam)

Koleksi ke-19
Aku mengenalimu melalui 1Nama
Aku memahamimu melalui 1Renungan
Aku mengingatimu melalui 1Kenangan
dan
Aku menyayangimu melalui 1Percintaan
kerana
Antara Kau dan Aku menjadi Satu.
(4 December 2010, 10, 45 malam)

Koleksi ke-20
Biar rindu asal tak jemu
biar kasih asal tak sedih,
biar cinta asal tak siksa
biar berjauhan asal hati tak berubah
dan
biar tak berjumpa asal hati tak lupa.
( 15 December 2010, 9.00 Malam) 



*Ni laa antara ayat yang si dia pernah bagi kat aku.Macamana? Okey ke? hahaha... Jiwang tak si dia ni? Haa...Jangan main-main.... Diam2 ubi berisi, diam2 besi berkarat... Walaubagaimanapun, ayat yang si dia berikan pada aku, memang tersirat 1001 makna dalam hidup aku. Doakanlah kami bahagia selamanya... Insya Allah....

3 ulasan:

  1. assalamualaikum bro, aku nk mintak izin dari bro nk guna sedikit ayat2 koleksi bro tuk jadikan lirik lagu yg aku nk cipta nnti, boleh bro?tq BRO

    BalasPadam
  2. assalamualaikum bro, aku nk mintak izin dari bro nk guna sedikit ayat2 koleksi bro tuk jadikan lirik lagu yg aku nk cipta nnti, boleh bro?tq bro

    InsyaAllah , aku akan letak kredit name bro atau blog bro ye, terima kasih byk

    BalasPadam