Jumaat, 1 Julai 2011

TAHNIAH KABINET PRS SMK KING EDWARD VII SESI PETANG DENGAN KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN SELURUH FASILITATOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  dan Salam 1Malaysia !! 
Hamba disini terharu bahagia,
menerima berita yang amat riang,
tidak disangka boleh berjaya,
mengadakan KEM untuk sesi petang.

LEVEL 1 dah lepas..... LEVEL 2 dah hampir ke penamatnya.... Maka kini tinggal satu sahaja lagi iaitu LEVEL 3 yang bakal di dokong oleh kesemua 18 fasilitator / urusetia yang bakal melahirkan 30-40 orang peserta untuk pemantapan PRS untuk masa akan datang, Insya Allah jika diberi sepenuh keyakinan, sokongan padu dan penghargaan , kesemua mereka 18 orang patut didarjahkan dengan anugerah yang tidak ternilai harganya ! Kerana apa ?
kerana mereka..........

1. Berani menanggung risiko
2. Berani berhadapan dengan guru-guru matapelajaran ( sebab ponteng kelas )
3. Berani berhadapan dengan Penolong Kanan Petang
4. Mengadakan mesyuarat fasilitator yg standard selama 1 Minggu
5. Mencuba untuk membuat kertas kerja seperti dokumen2 berkaitan
6. Menjalankan mesyuarat yang lancar, rapi, tersusun, kemas dan teratur
7. Berhadapan dengan kesemua masalah seperti masalah-masalah dalaman dan luaran
8. Berusaha keras dan bersatu padu untuk mengadakan kem ini berlangsung
9. Menunjukkan sikap proaktif, progresif, kreatif , kritis dan aktif dalam merealisasikan impian 
10. Bijak menyelesaikan masalah 
11. Sempurna untuk kesemua ahli yang hadir
12. Mengerjakan tugasan dengan komitmen yang begitu memberangsangkan
13. Kerjasama daripada kesemua pihak dapt sambutan diluar jangkaan
14. Sikap yang tegur menegur antara satu sama lain 
15. Berfikiran terbuka apabila di kritik
16. Tidak mengambil mudah tentang segala perkara yang bakal dilaksanakan
17. Membuat apa sahaja untuk memastikan kem ini mesti dilaksanakan mengikut jadual 
18. Berkeyakinan dalam segala aspek 
19. Bijak menyelesaikan masalah dalam keadaan ''last minutes''
20. Yang paling penting, MENERIMA CABARAN KAMI PARA FASILITATOR 2011 !


Caya laa !! Memang perkara ini diluar jangkaan saya !! Inilah perkara yang saya lihat dihadapan mata saya yang dapat saya senaraikan selama 1 Minggu saya bersama mereka. Anda kesemua 18 orang memang terbaik antara yang terbaik yang pernah saya tatangi. Insya Allah, jika kesemua faktor diatas itu dikekalkan, maka, saya JAMIN bahawa anda bakal melahirkan PRS 2012 dengan lebih baik dan sempurna berbanding dengan PRS tahun tahun terdahulu.Berikut pula saya senaraikan nama untuk fasilitator tingkatan dua Kem Pelapis PRS Tingkatan Satu 2011.

1. Mohd Danial Aqil bin Mohd Swalitan
2. Afiq Zaidani bin Ahmad Zaid
3. Mohd Ashraf bin Mohd Zainudin
4. Muhd Akmal bin Zulkifli
5. Muhd Syahmi bin Ariffin
6. Muhd Afiq bin Zainol Adnan
7. Muhd Amirudin bin Rahim
8. Muhd Helmi bin Md Udin
9. Muhd Aliff Hakim bin Rashdi
10. Muhd Firdaus bin Erwan
11. Munishwaran
12. Vikneshwaraan
13. Muhd Adam Imran bin Khozali
14. Wafiy Amirul bin Wazir
15. Muhd Azmeer bin Razif
16. Nor Azmer bin Nor Azni
17. Mohd Nazrin Hasni bin Ros Hasni
18. Mohd Izzat Syahmi bin Basri

Berikut pula disenaraikan butir - butir program,

Nama : KEM  PELAPIS PRS TINGKATAN SATU 2011
Tarikh : 23 dan 24 JULAI 2011
Masa : 23 Julai 2011 ( 8.30 Pagi ) hingga 24 Julai 2011 ( 10.00 Pagi )
Tempat : SMK KING EDWARD VII
Jumlah Peserta : 40 Orang
Jumlah Fasilitator : 18 Orang
Jum. FC Jemputan : 6 Orang
Bayaran : RM 18
Guru Pengiring : TUAN HAJI MOHD TAMIZI BIN MOHD AMIN

Apa - apa pun, tahniah kepada kepimpinan PRS Sesi Petang 2011 kerana berjaya sasarkan matlamat untuk mengadakan kem anjuran PRS sesi petang. Sebelum mengakhiri wadah kali ini, saya ingin akhiri dengan ucapan serangkap pantun,

PRS Petang 2011 memang hebat,
cepat , padat lagi ligat,
tidak kusangka cabaran menjadi ubat,
untuk mereka terus berusaha kuat !!

Sekian,terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan