Isnin, 27 Jun 2011

TIDAK BOLEH MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK

Yaaa..!! Itu laa sejujurnya dalam kehidupan kita kini.... Baik ke kita, jahat ke kita, buruk ke kita, tak buruk ke kita, handsome ke kita, kaya ke kita, miskin ke kita, ramai kawan ke kita, takde kawan ke kita, ape-ape jer laa... kita tetap tak boleh memuaskan hati kesemua pihak yg ada.... Yer laaa... buktinya ? Zaman dahulu pun Nabi Muhammad SAW yang baik, yang berdakwah kearah kebaikan pun ade yang suke dan ade yg tak suka jugak.. Ni zaman dahulu, kalau zaman sekarang , contohnya Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak juga disenangi sesetengah pihak, dan ada juga yang tidak menyenangi hati. Itu lumrah. Perkara biasa. Tetapi apa yang pasti , kita buat yang terbaik untuk diri kita, masyarakat sekeliling kita, sahabat handai kita, saudara-mara kita, jiran-tetangga kita, kenalan - kenalan kita, sudah laa.... ye tak ??
   Baru - baru ini, ramai yg datang mengadu kat aku berkata, ''aku tak puas hati betul laa dekat ........... sebab dia buat aku................... !! Huh, tak sangka aku!! Tergamak dia buat aku mcm tu ??'' .. Haa... ni antara dialog yang popular dalam kalangan kenalan kita jika die datang mengadu hal ketidakpuasan hatinya pada kita. Bukan apa, niat tu memang baik, tetapi risau kerana ianya boleh dikira mengata/mengumpat oarang lain. Isshh !! Bahaya tu..!! Tak pasal2 jer dapat dosa kering... dosa yg lama pun tak tertanggung, ni kan lagi nak tambah dosa baru pulak...? Astaghfirullahal'azim..... Taubatlah sebelum terlambat haii anak-anak Adam,....!! Sekian sahaja wadah kali ini.... Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan