Khamis, 30 Jun 2011

TERIMA KASIH SITI NOR TIHA BT MOHD. SHAH KERANA SUDI MENERIMA DIRI INI SEADANYA

Assalamu'alaikum dan Salam 1Malaysia  kepada seluruh warga bumi Tuhan semesta alam ! Bersyukur kini ke hadrat Allah Ta’ala kerana dengan perkenan dan limpah kurnia-Nya segala puji bagi Allah SWT , Tuhan sekalian alam kerana memanjangkan lagi usia kita hingga ke hari ini.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam yang mendiami muka bumi Allah SWT yang Fanaa' ini. Alhamdulillah, kali ini saya nak luahkan 1001 cerita tentang rahsia kejayaan kami mengekalkan hampir 4 tahun lamanya perhubungan saya dan pasangan saya, Siti Nor Tiha. Insya - Allah akan lebih berkekalan hingga ke akhir hayat jika dido'akan dengan baik dan ikhlas. Antara gambar kami berdua yang saya sendiri sorokkan yang menarik adalah seperti berikut.


 di rumah Iris Tieha
Gerik, Perak
Hari Raya Aidilfitri 2010


 di stesen Putra KL
Kuala Lumpur
2 Mei 2010


 di kediaman Amir Putra
Taiping, Perak
24 April 2010



 di Proton City Park
Ipoh, Perak
1 Mei 2010


GABUNGAN GAMBAR DIBUAT OLEH IRIS TIEHA

IRIS BAHDSHAH
Maksudnya Gabungan Nama Kami Berdua
amIR SIti = disongsangkan SI kepada IS = IRIS
Bahdshah pulak nama bapa kami berdua
BAHarin + mohD SHAH = BAHDSHAH


Harap semua paham laa yer?? Inilah dia jawapan yang ditunggu-tunggu oleh rakan sebaya kami yang ingin petua / rahsia / tips untuk kami bersama mengekalkan keharmonian dalam status perhubungan yang ideal. Rahsianya adalah......

1. Kami bertolak ansur antara 1 sama lain
Alhamdulillah, setakat ini, kalau gaduh biasa tu, biasalah kan. Gaduh - gaduh manja laa org kata... tak de laaa pulak nak perang dingin sampai berbulan lamanya. Iris Tieha ni kalau melenting jika ade sesuatu yang memang sepatutnya dia melenting. Kalau saje2, rasanya tak kot....

2. Saling mempercayai 
Keistimewaan si Iris Tieha ni sebenarnya terletak kepada kekuatannya untuk menaruh kepercayaannya kepada saya. Alhamdulillah, saya tak mensia2kan kepercayaannya itu setakat termampu.

3. Hormat dalam segala aspek
Kami saling menghormati dan menerima keistimewaan , kekurangan, kebolehan dan serba serbi yang ada dalam diri kami masing2. kami sedar, segala yang kurang dan lebih itu tak lain dan tak bukan, datangnya daripadaNya yang Maha Esa. 

4. Berfikiran terbuka
Yeah ! Inilah sikap kami yg sebenarnya, tidak cenderung kepada satu pihak sahaja. Sebaiknya kami settle bersama jika terdapat sebarang kemusykilan. Kami berfikir jauh dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

5. Gurauan dan jenaka
Kalau dulu, seawal tahun 2008-2009, memang saya sahaja yang suke mengenakan sia Iris Tieha ni, tapi, semenjak tahun 2010-2011 ni, wahh !!! Dah pandai pulak si dia kenakan balik apa yang aku cakap tahun2 terdahulu ! hampeh ! Ini juga menjadi perkara yang HARUS kami buat tak kira bila berchatting ke, bermesej ke, bercakap dalam telefon ke, ber''YM'' ke, ataupun sebagainya laa... Gurauan ini mmg dah mutlak pada kami. 

6. Faham-memahami antara keduanya
Inilah satu2 nya perkara yang sukar untuk dicari-ganti. Walaupun kami jarang berjumpa, jarang bermesej, jarang berchatting, jarang ber''online'' , jarang menelefon. Tetapi kami akur dan faham dgn keadaan / situasi yg dialami pasangan, kami tak selalu bermesej 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 30 hari sebulan. Kami tahu, mungkin diantara kami sibuk melaksanakan tugasan harian yg padat.

7. Sikap cemburu yang tidak ketara
Orang perempuan standard lah kalau nak dikaitkan dgn sikap cemburu ini. Itu adat.. Lumrah alam... sifat seorang wanita sejati.. Tetapi, istimewanya Iris Tieha ini, dia cemburu, tetapipada masa yg sama, beliau jugak sering memberikan komitmen yang baik dan menerima segala jawapan yg datang daripada mulut saya, sebetulnya, tidaklah saya rapat dgn org lain utk sekadar berfoya2, tetapi itu dah kerana terpaksa dek kerana kerja dan keadaan yg amat2 memerlukan utk kami bekerjasama. Alhamdulillah.. dia faham....

8. Sikap romantik terserlah dengan kata-kata
Ni kelakar sikit... ! Romantik ? Takde laa sangat... Tetapi, aku cuba jugak laa mencipta seberapa byk mungkin ayat untuk melembutkan, mencairkan si dia ini. Beliau sehingga kini masih mahu untuk aku menghantar ayat2 jiwang kepadanya, tetapi..... beliau jugak mempunyai rahsia jugak !! Beliau jugak pandai mengarang.... Jgn pandang sebelah mata si Iris Tieha ni !!

9. Sokongan - padu
Antara kami, memang takde masalah tentang sokongan. Kalau antara kami memerlukan apa - apa bantuan seperti wang ringgit, kata - kata semangat, dan selainnya, insya Allah... Kami akan cuba tunaikan hasrat itu. Insya-Allah.....

10. Nasihat - menasihati antara 1 sama lain
Ini memang tiada masalah. Si Iris Tieha senang menerima segala teguran, kritikan, dan nasihat daripada saya jika saya merasakan sesuatu yg tidak sepatutnya dilakukan. Begitu juga dgn saya, menerima segala nasihat yang beliau berikan. Sesungguhnya nasihat dan kritikan itu yg membina keharmonian antara kami berdua.



* Inilah rahsia / tips kami untuk mengekalkan perhubungan selama lebih dari 3 tahun (2008-2011) lamanya.Insya Allah, jika diberi rahmat dan hidayah, kami akan kekal hingga perkahwinan, seterunya ke anak - cucu - cicit dan ke hari terakhir kami bernyawa. Insya Allah...... Do'akan kami bahagia ye !!

1 ulasan: