Rabu, 29 Jun 2011

KESIBUKAN DUNIA TIADA PENGHUJUNGNYA

Assalamu'alaikum warahmatullahi Ta'ala wabarakatuh dan salam 1Malaysia !! 

Sebelum tu,layan laa video ni sekejap.....
Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad (apa khabar orang kampung)


'' Apa khabar orang kampung,
lama sudah tak berjumpa,
minta minta semuanya,
didalam sihat sejahtera.
Apa khabar orang kampung
bilakah dapat berjumpa
kirim kirimlah berita
janganlah senyap sahaja....''


Apa khabar semua ?? Baik ke ? Sihat ke?? Alhamdulillah...... harap kesemuanya saudara mara saya, rakan seperjuangan, jiran tetangga, senior - junior SMKE VII saya dalam keadaan sihat wal'afiat sahaja. Insya Allah.... 
    Aduhai, akhir - akhir ini, terlalu sibuk dan amat letih rasanya. Huh, ! Banyak kerja yang dilakukan sejak kebelakangan ini. Sebab tu laa byk perkara yang belum diselesaikan lagi menjelang sesi pembelajaran bermula semula, Tetapi tak apa, puas ! Sememangnya aku puas dan rasa terharu kerana khidmat aku masih lagi diperlukan, insya Allah.... Selagi kepercayaan yang mereka taruhkan, aku akan cuba sedaya upaya, aku akan buktikan selagi termampu jika umur dipanjangkan Illahi. Akhir - akhir ni byk membantu PRS sekolah yg bakal mengemudikan satu program terakhir sebelum menjelang bulan ramadhan al mubarak yang jatuh pada 1 Ogos 2011 ini. Insya Allah, program ini baru dalam urusan kertas kerja dan proses pembahagian antara urusetia. Jika diamati , program ini dijangka berlangsung pada 23 Julai - 24 Julai 2011 ini. Maka, dengan itu, mereka minta aku tolong apa yang sepatutnya. Al maklumlah, khabarnya program kali ini dikemudikan hampir 80% oleh PRS SMKE VII dalam kalangan tingkatan dua. Wahh !! Interesting !!! Hebat nampaknya.... Itulah... kecil-kecil si cili api..... Jgn disangka kecil itu tiada kualitinya. Mereka yang sibuk merancang adalah, Mohd Ashraf bin Mohd Zainudin, Afiq Zaidani bin Ahmad Zaid, Muhd Aliff Hakim bin Rashdi, Muhd Danial Aqil bin Swalitan, Muhd. Amirudin bin Rahim, Muhd Akmal bin Zulkifli, Muhd Izzat Syahmi bin Basri, Muhd, Syahmi bin Ariffin, Muhd Helmi bin Md Udin, Wafiy Amirul bin Wazir, Muhd Nazrin Hasni bin Ros Hasni, Muhd Afiq bin Zainol Adnan, Munishwaran, Vikeneshwaran, Muhd Azmeer bin Razif, Nor Azmer Nor Azni, Ahmad Faiz, Muhd Adam Imran dan Muhd Firdaus bin Erwan. Mereka inilah orang kuat untuk program kali ini. Jadi, perkara itulah perkara yang aku sibukkan akhir - akhir ini. Jadi, terlalu byk perkara yang mereka patut belajar. Tunjuk ajar daripada Rizal juga memberikan nada semangat yang baik kepada mereka semua warga PRS SMKE VII dalam kalangan tingkatan dua. Itulah dia, berpadu bulat membawa sepakat, sepakat membawa berkat. Insya Allah, program kali ini dijangka mencetuskan fenomena yg amat dahsyat !! Nak tahu ? Tungguuuu................!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan