Khamis, 25 Ogos 2011

JEMPUTAN BERTURUT-TURUT JAMUAN BERBUKA PUASA DAN REUNION 2011

Assalamu'alaikum Dan Salam 1Malaysia ! Hari ini sudah masuk hari ke 25 kita menjalani ibadah berpuasa, maka lagi 4 hari sahaja lagi ketibaan Aidil Fitri yang dinanti-nanti. Wah-wah ! Ligat nampaknya nak beraya yer? Hehehe,,,, Sama laa kita yoo ! Tak sabar rasanya !!

Yerlaa.... dah nak habis Ramadhan ni barulah sibuk dapat jemputan berturut-turut untuk Majlis Berbuka Puasa Warga PRS & KBK SMK King Edward VII, Reunion Tingkatan 5 SMK King Edward VII 2009, Jamuan Berbuka Puasa Rakan Muda, dan Jamuan Berbuka Puasa anjuran Rukun Tetangga Taman Jana Jaya II.  Waaa.....  Berturut-turut nampaknya... Habislaa hilang diet aku !! Hehehe... =)

Erm.... Jemputan yang mencurah-curah ini sebenarnya rezeki dari Tuhan yang Esa, yang mengatur segala urusan manusia sebagai hambaNya yang kecil. Alhamdulillah, tidak ada perkataan lain lagi yg mahu diungkapkan melainkan kesyukuran yang teramat sangat. Kerana Dia lah yang Maha Mengetahui dan Maha Segala-galanya. 

Maklum laa.... time ni jer laa kalau nak jumpa pun.. Universiti, Kolej, Institut, Sekolah, Matrikulasi, Maktab Perguruan atau mana-mana institusi pengajian sama ada swasta ataupun kerajaan telah bermula sesi cuti sekolah sekaligus cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan Malaysia. Inilah masa dan ketikanya kita mengambil peluang yang sedia ada untuk bertemu semula, berkumpul beramai-ramai semula. Tidak dinafikan, ada jugak dalam kalangan Batch '92 (kini berumur 19) yang telah berada di alam pekerjaan. Tidak kiralah walau apa pekerjaan yang dilakukan, yang penting halal dan senang hati utk membuat kerja. Tapi, aku yakin , Insya-Allah, kami akan bertemu semula jika mempunyai masa yang terluang, tak kira hatta sudah bekerja ataupun masih meneruskan pengajian, tetap kami akan berkumpul juga. Inilah kesempatan yg ada. Jgn semudah itu kita lepaskan, berlalu begitu sahaja.

Mutakhir ini, ramai pula kenalan-kenalan yang aku dapat bertemu, tak kiralah sewaktu di tingkatan 5 dahulu dia di kelas mana, jurang persahabatan kami masih kekal utuh dan masih padu dipegang prinsip yang sama. Walau apa sahaja kritikan org ramai, namun umpatan itu aku ketepikan. Apalah gunanya kita menggadaikan seorang sahabat untuk kepentingan peribadi yang tersorok. Kepentingan interpersonal itu tidak bertahan lama. Ia hanya cuma bertahan utk seketika waktu sahaja selagi ia boleh bertahan. Bila kesemuanya terbongkar? Apa akan terjadi? Sahabat juga yang dicari, kan? Jika sahabat yang kita jadikan bahan kepadanya itu terdekat dgn kita, kita tiada pilihan lain, terpaksa juga memohon pertolongan mutlak. Betapa malunya kita saat itu.

Ermmmm.... Apa-apa pun, inilah die ketulusan yang dizahirkan oleh KESEMUA rakan saya, biarlah mereka dgn dunia mereka, itu soal antara peribadi dia, dan itu jugak soal antara dia dengan Tuhan, tidak patut dan tidak perlu saya campur urusan mereka itu, memadailah dengan mereka berbuat baik dan melayan aku dengan manis . Cukuplah entry aku kali ini, maaflah jika entry ini menjadi pendek, mungkin keadaan aku yang tidak larat menaip panjang berjela. Hehehehe....! OK laa.. Assalamualaikum WBT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan