Selasa, 23 Ogos 2011

SELAMAT KEMBALI KE RUANGAN HIDUPKU SAHABAT

Assalamu'laikum Dan Salam 1Malaysia. Ya... !!!! Saya dengan rasa syukurnya , menadah tangan tanda kesyukuran ya amat sangat kepadaNya yang Esa kerana dengan limpah kurniaNya , pohon inayah dan hidayah dariNya, berkat salam ukhwah dan salam silaturrahim dapat juga saya bertemu kembali dengan sahabat saya yang bernama Muhammad Siraj bin Abdul Aziz dan Muhammad Izzat bin Abdul Latif .

Ya Allah ! Berkat ketelusan kami kepadaMu Illahi, berkat kesucian kami berdo'a kepadaMu Rabbi, berkat keikhlasan yang lahir daripada hati kami yang tulus ini, berkat kesucian yang selama ini dipendam selama ini, akhirnya Kau tunjukkan juga kekuasaanMu Ya Allah , Ya Rahman , Ya Rahim ! Ikatan yang teguh dan ikhlas selalunya akan diberkati dan diredhai olehNya yang Esa. 

Entahlah,,,, Sesungguhnya saya berasa amat malu kepadaNya kerana selama ini saya hampir berputus asa kerana tidak dapat bertemu dengan dua orang sahabat yang rapat dengan saya ketika  pertemuan di Perhimpunan PRS Peringkat Kebangsaan 2008. Alhamdulillah, inilah tanda kebesaranMu yang Kamu tunjukkan kepada hambaMu yang kecil lagi kerdil ini. Maha suci Dia yang Maha segala-galanya.

Siraj, yang saya temui pada awalnya di Hotel Majestic, Ipoh Perak sehari sebelum kami berangkat ke Kuala Lumpur pada 6 Mei 2008. Beliau amat optimis dalam melaksanakan sesuatu kerja. Sikapnya yang pendiam disenangi oleh kesemua 12 orang peserta dalam kalangan kontinjen Negeri Perak Darul Ridzuan. Setahunya beliau berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan menuntut di Sekolah Berasrama Penuh Tuanku Abdul Rahman, (STAR), Ipoh, Perak. Orangnya berhati lembut, bermuka manis, bijak berkata-kata, petah mengatur 1000 bahasa, dan keterbukaan dalam mencapai sesuatu perkara.

Ini lah dia wajah Siraj Aziz.

 dalam tahanan PLKN.. ahahhahaa!!!!


 manis tak senyuman tu??


dengan ibunya tercinta.


Berbeza pula dengan Izzat Latiff nie. Dia ni saya jumpa dekat Kuala Lumpur. Satu kumpulan dengan saya. Saya berkenalan dengan kesemua ahli-ahli kumpulan saya. Tetapi yang saya paling rapat dengan si Izzat ni laa... Asalnya Terengganu. Orangnya putih, tinggi, segak, bergaya, dan stylo. Dia ni tak banyak cakap masa kat sana dulu. Asyik ketawa je bile aku bercakap. Hehehe...... Suka tengok die senyum.... Manis... Macho... Jambu.. !! hahahaha.....!!!! Kalau diikutkan, ade lagi seorang yang aku rapat, budak Kelantan. Namanya aku tak brape nak ingat laa... Nombor telefonnya pulak luput dalam memori henset. Nasib baik jumpa jugak FB Izzat Latiff nie... 

Inilah dia wajah Izzat Latiff nie.

 haa..... macho tak??


 riadah bersama teman-teman.....


lihat seyumannya !!! manis gitu !!


Erm...setakat inilah sahaja entry kali ini. Apa-apa pun, saya benar-benar berharap agar ikatan persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat. Saya menaruh kepercayaan kepada mereka kerana meraka pernah menjadi yang terbaik dalam hidup saya. Insya-Allah berkat daripadaNya, talian silaturrahim antara kami takkan terputus hatta apa pun yang terjadi. Akhirulkalam, saya sudahi dengan lafaz ,'' Keserasian dalam persahabatan dilahirkan dalam kesucian dan ketulusan hati nurani.''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan