Selasa, 23 Ogos 2011

KENANGAN RUMAH TERBUKA 2009

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia !! Apa khabar?? Sihat ke?? Alhamdulillah kalau sihat.... Erm,.... Kali ini saya nak mengungkap kembali nostalgia rumah terbuka Aidilfitri di tahun 2009, semasa saya masih di bangku sekolah dalam tingkatan 5. 

Erm.... serba-serbi perasaan yang menusuk ke dalam hati dan ingatan kembali menongkah ke minda dek kerana kenangan silam yang manis itu di simpan dalam memori sampai bila-bila. Bila diingatkan semula, macam-macam perasaan yang hadir membuatkan saya sendiri berasa sedih dan hiba, Pilu rasanya di hati pabila mengenangkan detik-detik kebahagiaan dan saat-saat manis yang dikecapi ketika melalui zaman sekolah. 

Sebenarnya, bukanlah niat saya nak mempersendakan sesiapa, tetapi coretan ini hanyalah untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam selama ini, semakin lama semakin terhakis, Kenangan itu menjadi semakin manis apabila sahabat handai kita yang kita tatang bagai minyak yang penuh itu hadir kembali untuk bersua bersama kita. Apalah yang kita mahukan sangat, melainkan ingatan sahabat-handai kita kepada kita walaupun dimana mereka berada sudah mencukupi umpamanya. 

Arus permodenan kian memuncak, dasar ekonomi yang semakin utuh membuatkan manusia semakin alpa dengan kehidupannya yang dahulunya. Mungkin ibarat ''kacang lupakan kulit'', yang sedang bergerak meniti kehidupan dalam keadaan serba moden yang lebih efektif. Terkadang ada jugak terfikir yang adakah zaman boleh mengubah manusia? ataupun manusia yang mengubah zaman? Biarlah hanya kita yang mengetahu jawapannya.

Tahun 2009 merupakan tahun terakhir saya di bangku sekolah, menduduki di dalam Tingkatan Lima. Begitu hebat zaman kegemilangan itu. Amat sukar untuk saya lupakan kenangan yang manis bersama teman sejagat. Maklum laa.., yang paling seronoknya bila saya mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Fuhh !! Tahun itulah yang saya boleh anggarkan kira-kira 60-80 orang pelajar SMK King Edward VII yang hadir memeriahkan rumah terbuka saya. Ada yang datang secara berkumpulan, perseorangan, berpasangan dan macm-macam lagi karenahnya. Ianya terdiri daripada junior dan senior saya. Yang sebaya dengan saya tu pun ramai jugak yang hadir. Kira-kira 19 buah motor diparkir dihadapan rumah saya ketika itu !! Wahh !! Meriahnya !!! Amat seronok sekali !!

Nak tengok gambar-gambar yang sepat saya ambil semasa rumah terbuka saya di tahun 2009 ??















Ni antara yang hadir di waktu siangnya. Maklum laa,,, saya terlalu sibuk menolong emak saya melayan tetamu, menyediakan hidangan, dan macam-macam lagi laa... Inilah dia kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri di tahun 2009. Di tahun 2010, memang ade buat, tetapi tidak sempat untuk mengambil gambar kerana terlalu sibuk . Maaf yer. Insya Allah kalau ade rezeki yang panjang, saya akn cuba lagi buat utk tahun 2011 ini. Moga dimeriahkan lagi dengan sahabat handai saya yer.. Bye, bye.. Assalamu'alaikum WBT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan