Sabtu, 27 Ogos 2011

TERIMA KASIH KEPADA KAWAN-KAWAN SEBAYA BEKAS SK KING EDWARD VII (2)

Assalamualaikum WBT dan Salam Aidilfitri !! Yer..Terlebih dahulu saya dengan rendah hati dan rendah dirinya ingin memohon 1001 kemaafan kepada kesemua kenalan saya atas kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan tak kira sebesar gajah mahupun sekecil kuman. Ampun dipinta , lupakanlah segalanya, mulakanlah kembali dgn hidup yg baru.

Coretan kali ini KHAS - nya saya tujukan kepada KESEMUA BATCH '92 EX-STUDENT SKKE 2 yang telah menyambut baik coretan saya yang bertarikh 23 Ogos 2011, Selasa yang lalu. Walaupun mereka masih tidak berupaya untuk mengingat semula sesetengah org yang saya ceritakan itu, namun saya telah berjaya menemukan balik mereka dalam masa yg sama. Alhamdulillah, itulah yg saya usahakan selama ini.

Berikut merupakan antara  komen mereka yang diberikan dalam laman sosial, FB. 






haa... Inilah die antaranya yang sempat memberi komen terhadap coretan saya selasa lalu. Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan komen dan sumbangan idea lagi untuk saya teruskan berkarya, sesungguhnya undang-undang boleh memisahkan sesuatu perkara melalui satu kertas perjanjian, tetapi kemesaraan seorang sahabat tiada undang-undang diperuntukan dengannya. Begitu kuat sungguh keadaan persahabatan kita, semoga kita kekal setia dan kemesraan kita sentiasa ada. Insya Allah, itulah sahaja penghargaan saya untuk kalian semua, akhir kata, Selamat Meyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan