Ahad, 21 Ogos 2011

RAMZUL, TERIMA KASIH !

Assalamu'alaikum WBT dan Salam 1Malaysia ! Yahoooo !!! Harini best giler !! Huh, penatnya toksah dicakap laa kan... hahaha.... Kenapa?? Laaa... Nak tahu ke? Ish2.Ok, Ok.....Aku akan bagitahu satu per satu kisah aku hari ini. 

Sebelum tu, aku nak menadah tangan tanda kesyukuran kepada Illahi kerana dengan penuh rasa kasih dan perkenan darpadaNya mengizinkan aku dan Ramzul untuk bersama-sama bersiar-siar meneroka alam jauh ke Utara. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketabahan kami berdua merentasi segala onak dan duri , cabaran dan rintangan serta risiko-risiko sepaanjang perjalanan kami ke Utara.

Okey laahhh.... !! Dah lama menunggu-nunggu untuk mengetahui segala program aku sepanjang hari ini, aku akan cerita kan 1 demi 1. Pada mulanya, aku bersyukur kehadrat Allah SWT kerana sahabatku, Mohd Ramzul Mubin bin Mohd Aidil Fitri kerana sudi mempelawa aku untuk menemani beliau untuk bersiar-siar di luar bandar Taiping. Sehari sebelum kami berdua bertolak, dia bertanya, '' Amir, Esok hang ada tak kat rumah?  Hang free tak esok?'', aku membalas, ''Rasanya ade laa kot, awat?'' , jawab Ramzul , '' Bukan pa, aku ingat nak ajak hang g Kuala Kangsar. Teman aku gi beli spare-part motor.'' , aku dengan rasa gembira dan berhati senang menjawab, '' aku OK jer.,. esok pukul brapa?'' . Dia pun jawab, '' Aku rasa dalam pukul 8.30 pagi keatas, 10.00 pagi kebawah aku ambik hang kat umah,'' aku membalas, ''OK. Settle. Bye.''

Hari yang dinanti-nantikan pun tiba . Jam tepat menunjukkan ke angka 8.30 pagi. Ramzul tak kelihatan lagi di depan rumahku. Maka, aku pun tertidur seketika sambil menunggunya tiba di rumahku. Waktu demi waktu, masa berjalan dengan pantas. Ramzul muncul di depan rumahku tepat jam 9.45 pagi !! Arghh !!! Tidakk !! Aku terlupa !! Aku tidak mandi lagi ketika itu. Maka, secara pantas dan tanpa rasa bersalahnya, aku mandi dan terus bersiap sedia untuk keluar. Setibanya aku menaiki motornya, aku ditanya olehnya, '' Amir, aku rasa tak jadi laa nak gi KK(Kuala Kansgar) sebab pak aku kata kalau nak cari spare-part motor yang lebih baik dan murah, baik gi atas lagi. Tu r, aku ingat nak r gi Kulim ke, Penang ke....'' , aku membalas, ''aku ikut jer laa.....hang bawak pi mana pun aku terpaksa ikut kan? Hahaha...''. Dia ketawa. Motor terus dipecutkan menuju ke Kulim, Kedah Darul Aman. 

Sepanjang perjalanan kami berdua ke Kulim, pelbagai reaksi manusia aku jumpa. Maklum laa... Ni pertama kali nak pergi Kulim. Jadi, memang excited la... Kami melalui perkampungan Melayu yang bermula di perkampungan Sungai Ara hingga Selama, Perak. Kemudian, terus menuju ke Kulim. Maka, aku ade jugak terperasan yang langit tu macam dah gelap aje. So, agak takut laa jugak aku kan.. Erm..... setelah hampir 1 jam 50 minit perjalanan, kami berdua ke Tesco Kulim untuk berehat seketika. Jam menunjukkan angka 12 Tangahari.. Adoii !! Perut lapar pun ada.... Opsss !!! Puasa.... Lupa pulak.... Hahaha..... Hampir 1 Jam 20 minit berada dalam Tesco meronda-ronda, berpusing-pusing dan menerjah-nerjah , kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. 

Aku ingatkan punyalah lama nak sampai ke Bukit Mertajam, Penang tu dari Tesco Kulim tu !! Rupa-rupanya cuma mengambil masa 25 minit sahaja perjalanan !! Waw !! Dalam masa yang singkat kami telah pun  melangkah ke 3 buah Negeri sekaligus !! Hebat tak ?! hahaha.... Dari situ, kami terus ke Masjid Bkt. Mertajam untuk menunaikan yang Fardhu, yang Wajib keatasNya. Kami terus bersolat Jamak untuk mempermudahkan urusan kami dalam seharian ini, lebih menyenangkan dan tidak membuang masa. 

Dari masjid, kami berdua ke Megamall Pulau Pinang bersebelahan dengan Mall Pacific Penang. Huh !! Ramai nya manusia !! Tak disangka-sangka pulak tu !! erm.... masuk je dalam tu, waaaa.,...... Banyak diskaun maaa,,,, Huh !! Gila aku dibuatnya !! 30% , 50% , 70% pun ade !! Dahsyat !!!! Murah-murah jer,, Huhu.... Pilihan banyak ya amat ! Sampai tak terpilih aku dibuatnya. Yer laa kan... Bandar Metropolis. Mesti laa ramai orang, banyak pulak pilihan-pilihan Gedung Pusat Membeli - belah nya, kan?? Erm... kalau nak dibandingkan dengan Taiping, jauh 1001 kali jauh ! Antara langit dan bumi, jauh panggang dari api. 

Sedang aku tengah syok-syok meronda , Ramzul tak habis-habis duk masuk kedai-kedai komputer. Yerlaa.... Nak cari Laptop Idaman laa katakan... ye tak? Haahha.... Satu lagi die asyik ke kedai-kedai kamera. Erm... Dah orang minat, nak buat macam mana kan?? Aku terus tengok-tengok, pusing-pusing mencari seluar ke, baju Melayu ke, ataupun baju-baju T-Shirt . Tapi, harapanku hampa. 1 jam meronda, akhirnya !!!! dapat jugak aku tertarik dengan satu kedai  ni yang menjual pakaian. Waa..... taste aku banyak jugak yang ade kat situ. Terjah punya terjah dah jumpa dah seluar jeans yang aku suka. Lantas, aku bertanyakan saiz dan terus mencuba seluar berkenaan. Yay !! Muat !! Aku apalagi, terus jadi jer taukeh !! Hahaa..... Bayaran dibuat, aku terus meninggalkan kedai itu dengan lebaran senyuman. 

Masa terus mencemburui kami, jam telah menunjukkan tepat pukul 4.05 petang. Ramzul menajak pulang kerana bimbang kelewatan yang bakal mengundang. Aku dengan rasa sedih dan hampa mengikutnya pulang dalam keadaan yang sedih, kerana banyak lagi kedai yang aku tidak berkesempatan utk dikunjungi. Takpe laa.... sekurang-kurangnya aku telah pun membeli 1 barang kenangan dengan rasa puas hati dan lega. Enjin dihidupkan, terus menuju ke stesen minyak. Maklum laa... Sakan berjalan kan.,.. Kena laa isi minyak, kalau tak, tak sampai rumah nanti... Hahaha.... 

Kami dari Pulau Pinang Pulau Mutiara tepat pada jam 4.30 petang. Kami terus melalui High-way , Lebuhraya Utara-Selatan dari kotaraya Pulau Pinang yang mengulit  1001 kenangan dan lipatan sejarah buat kami berdua. Perasaan gembira ada, sedih pun ada, sayu pun ada, geram pun ada. Mana taknya, inilah buat pertama kalinya aku ke Pulau Pinang dengan sahabatku, sebelum-sebelum ini ada juga aku ke Pulau Pinang bersama rakan-rakan, tetapi inilah kali pertama aku berasa sangat puas dan amat riang sekali.

Setibanya di pertengahan high-way, aku hanya mendiamkan diri dan bermain mesej sahaja. Kadang-kadang ade jugak aku bersembang dengan Ramzul , walaupun suaranya tidak jelas didengari. Hampir 1 jam perjalanan, kami berhenti ke R & R Taiping Utara untuk berehat dan mengisi minyak. Aku pun lantas mengeluarkan wang utk membayar minyak . Yer laa,,, kita pun kena laa paham sendiri kan, takkan;ah duit minyak die langsung kita taknak bagi, kan? Apa lah salahnya kita besikap terbuka dan tidak berkira?? Itu kan lebih baik... Maka, kami pun bergegas bergerak dari R & R itu ke susur keluar Taiping Utara. Dari situ ke susur keluar Taiping Utara mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan sahaja. Maka, kami tiba di perkarangan tol terakhir itu tepat jam 5.45 petang. Waahh !! Hebat kan?? Dari P. Pinang jam 4.30 petang, tiba di Taiping jam 5.45 petang. Laju tak kami memandu ???

Laa..... ingat nak terus hantar aku balik rumah, rupanya dia ajak berjalan lagi . Adoii ! Apa lagi laa yang dicari Ramzul ni? Erm.... Rupa-rupanya dia nak cari hadiah untuk ibunya sempena dengan ulangtahun kelahiran ibunya yang ke 45 tahun. Wahh !! Anak mithali ini... !! haaa !! Single lagi tau !! Ade sapa-sapa yg berkenan?? =D . Kami terus menuju ke Pasaraya The Store Taiping untuk mencari barang yang diidamkan itu. Cari punya cari, maka Ramzul terpikat dengan 1 beg duit wanita yang berharga RM 89.00 berjenama Giossardi. Waw !! Banyak duit die?!! Aku tanya kat penjual tu, ''ini harga betul ka?''. Dia membalas, '' tak maa... ni harga belum diskaun lagi maa... lepas diskaun tinggal RM 49.00 saje maa...'' . Laa.... 

Sesudah membeli beg duit untuk hadiah hari lahir ibunya si Ramzul ni , maka, Ramzul mengambil keputusan untuk menghantar aku ke rumah,. Yer laa.... Badan pun dah penat. Hati pun dah puas. Perasaan pun dah terubat kerana mencuci mata. Apa lagi, balik laa... kan?? Jadi, aku tiba di rumah tepat pada pukul 6.30 petang dengan keadaan yang baik, sempurna, macho dan masih berupaya untuk berjalan lagi. Hahahaha....!! Okey laahhh.. aku rasa setakat ini sahaja laa post aku kali ini. Semoga berjumpa lagi.  Kali ini aku nak akhiri kata-kata dalam post ini dengan ucapan TERIMA KASIH RAMZUL !!! Assalamu'alaikum WBT. 


Ni laa Ramzul yang membawa aku berjalan-jalan . 

Masih belum berpunya, segak, tingginya 164 cm, berat 46 kg
umur baru 18 tahun, anak seorang guru dan pegawai kanan kerajaan,
menetap di penempatan elit, berasal dari Taiping.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan