Ahad, 3 April 2011

1 SILATURRAHIM, 1 KEBERKATAN, 1 RAHMAT ALLAH

'Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya hendaklah ia memelihara hubungan silaturahim'
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Silaturrahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah S.W.T. Dengan terjalinnya silaturrahim maka ukhwah islamiah akan terjalin dengan baik.
 
Rasulullah saw bersabda,
'Rahmat Allah swt tidak akan turun pada suatu kaum yang yang didalamnya ada orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan'
 
Salman ai-Farisi ditanya,
'Adakah suatu kejelikan yang dilakukan seseorang dan menyebabkan seluruh amal salihnya tidak bermanfaat sama sekali?
Salman menjawab, Ada,yakni memutuskan hubungan kekeluargaan.
Kalau kita memutuskan hubungan kekeluargaan,maka ibadah umrah,solat,puasa kita tidak bermanfaat,seluruh amal kita tidak bermanfaat sama sekali.
Sebagai bukti,Rasululah pernah diberitahu, 'Ya Rasulullah,ada seorang perempuan berpuasa pada siang hari dan melakukan solat tahajjud pada malam hari,akan tetapi ia menyakiti hati tetangganya dengan lidahnya.
Rasulullah menjawab,
'Perempuan itu di neraka'.
Baginda juga bersabda,
'Sesungguhnya menyambung silaturrahim dan berbuat kebajikan akan memanjangkan usia,memakmurkan rumah,memperbanyakkan harta sekalipun pelakunya orang derhaka dan ahli maksiat'

Dan diantara org yg takkan cium bau syurga adalah orang yg putuskan tali silaturrahim..

Nabi SAW telah bersabda :
لا يدخل الجنة قاطع
Tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan ( silaturrahim )

Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:
” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”


Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. 

Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan