Selasa, 5 April 2011

MULUT CAKAP LAIN, HATI CAKAP LAIN, PERASAAN CAKAP LAIN, JIWA CAKAP LAIN

Jiwaku kini melayang2 bak burung yang beterbangan nun jauh di awan biru disana.Pemikiran yang berselingkuh kerap kali melanda jiwa dan diri ini. Apa guna nya jasad sahaja yang mampu melakonkan ''watak'' yang sebenarnya memang tak pernah wujud dalam dalam diri dan hati orang lain, sedangkan kita seringkali memikirkan dan mengambil kira tentangnya walau dengan apa jua cara sekalipun.Namun, titisan airmata masih berdegil mahu juga keluar daripada kelopak mata. Manik2 kaca airmata seorang lelaki mengalir dan terus mengalir dari satu sudut ke tempat yang lain. Argghh !! Semuanya berlaku kerana sifatku yang mungkin sukar memarahi dan sukar untuk aku selami perasaan ini. Kenapa aku mesti hipokrit? Kenapa aku berbuat demikian rupa? Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM....berikanlah aku petunjuk, jalan yang benar , jalan yang lurus , yang ENGKAU Redhai Ya ALLAH....ermmmm....entahlaa.....Mungkinkah aku kini menjadi manusia yang semakin matang?? Atau mungkinkah aku seorang manusia yang tidak faham erti nilai kemanusiaan? Wallahu'alam....Tapi, bila jawapan menanti jawapan yang aku tunggu2 selama ini terserlah, maka perasaan dan kasih aku kepadanya terhakis sedikit demi sedikit. Apalah gunanya aku ada ,jika tiada barakah dan rahmat dalam sesuatu tali silaturrahim ini?? erm...aku merasakan ini adalah keputusan yang paling terbaik yang boleh aku buat. Mendekati padaNya yang Esa dan CUBA untuk menjauhi daripadanya perlahan2.  Aku harap2 ALLAH SWT mempermudahkan aku untuk mencuba menangani perasaan ini....KepadaMu aku sembah dan kepadaMu juga aku meminta dan memohon pertolongan....Aku merayu padaMu Ya Allah..Jiwaku meronta2....meracau2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan