Selasa, 5 April 2011

BERITA YANG MENGGEMPARKAN DAN MENGEJUTKAN SEBAGAI SEORANG ABANG

''Astaghfirullahal'azim,....Subhanallah....Laillahaillallah......Allahuakbar.....''

kali ini aku mulakan dengan kata2 azimat yang memujiNya yang Maha Esa kerana aku rasakan perkara ini kalau dibiarkan makin lama, memang makin melarat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.......! Engkau berikanlah KESEMUA UMAT MUHAMMAD ini keampunan dan masukkanlah kami kedalam syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya selagi kami bergelar manusia dan khalifah dimuka bumiMu ini, kami memang tidak terlepas dari dosa. Errmm.... aku seolah2 diam seketika mendengar khabar berita ini yang benar2 mengejutkan. Sentap hatiku apabila mendengar perkhabaran yang dahsyat sgt nie... Sebagai seorang abang, aku merasakan diriku dipinggirkan dan disisihkan. Entahlaahh...akhir2 nie banyak pula dugaan yang datang. Semuanya berkenaan dengan perihal adik2ku yang kian meningkat dewasa. Ya ! Benar ! Memang manusia tak pernah gagal melakukan dosa. Tetapi, jika DIBUKA PEKUNG DIDADA dan MENGAIBKAN DIRI SENDIRI , tu dah kira apa tu?? Dahsyat sangat namanya tu !!?? Wah2...!! Ingat ni US ke?? UK ke?? Sweeden?? Australia?? AS? boleh dibuat sesuka hati?? Untuk pengetahuan semua, NI MALAYSIA ! Negara yang penuh dengan adat resam dan istiadat kaum yang berpelbagai. Masyarakat disini hampir semuanya sensitif dengan adat dan budaya walau berlainan agama sekalipun. Inilah keunikan Malaysia yang membuka mata seluruh pelusok antarabangsa di persada global. Malaysia memang indah, tetapi anak2 Malaysia masakini amat teruk jikalau nak dibandingkan dengan negara2 BARAT. Wahai orang2 yang membaca, sama2 lah kita insaf dan menjana perubahan dalam diri kita ini. Renung2kan jika kita mati dihari esok..Adakah kita bersedia?? Adakah cukup amalan kita? Adakah kita penuh dengan amal ibadat?? Renung2kanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan