Khamis, 7 April 2011

SOKONGAN CIKGU KEPADA AKU UNTUK TERUS BERKARYA

Assalamu'alaikum Warah matullahi Ta'ala Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia kepada semua. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini untuk terus berkarya dalam blog ini dalam misi memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Persada Antarabangsa. Syukur ke hadirat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya merasai seberapa nikmat sepanjang saya mengendalikan blog ini yang baru 1 bulan. usianya Tetapi, dengan iringan do'a para pengikut blog saya , berkat do'a keluarga saya,guru-guru saya, pensyarah2 saya, rakan sejawat dan kesemua yang pernah membaca blog saya ini, kini saya mendapat pelbagai pujian dan kritikan untuk terus berkarya dari sehari ke sehari. Ucapan terima kasih ini juga saya khaskan kepada ENCIK ZULKARNAIN BIN MOHAMAD , Guru Bestari SMK King Edward VII, Taiping kerana tidak putus2 terus menyokong saya dan menginginkan hanya yang terbaik untuk saya. Beliau lah yang banyak memberi semangat agar saya terus menerajui blog ini walaupun ianya hanya sekadar hobi saya pada mulanya. Beliau juga menasihati saya agar saya terus memberi istilah dan gaya bahasa yang bercorak menarik untuk menarik seberapa ramai golongan dan warga tak kira usia, bangsa, agama,warganegara, budaya dan adat. Segala pujian daripada beliau amatlah saya hargai dan saya junjungi , hanya kepada Allah SWT yang dapat membalas segala jasa baiknya pada saya. Kepada yang terus menyokong saya dari belakang, walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain, berlatar belakang yang berbeza mahupun beragama yang berlainan, selagi kita RAKYAT MALAYSIA, kita tetap memperjuangkan BAHASA MELAYU kita sebagai bahasa yang paling tinggi di seantero global. Bahasa yang paling indah didalam dunia masa kini, adalah BAHASA MELAYU , iaitu bahasa yang kebanyakannya RAKYAT MALAYSIA bertutur kini. Jadi, kita harus pertahankan bahasa kita ! Jangan dibiarkan orang yang jahil mempersendakan bahasa kita yang mulia. Insya Allah, jika diberi idea dan panduan sekali lagi, saya terus dan terus meneroka untuk memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seterusnya menjadi Bahasa Dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan