Isnin, 25 April 2011

KEHILANGAN MISTERI CIKGU ABDULLAH ZUBAIR DI BUKIT LARUT

''Kawan-kawan, sahabat, sedara mara Abdullah Zubair, minta kerjasama proses pencarian Zubair. Dia naik Bukit Larut, Taiping sejak semalam, 24 Apr 2011, jam lbh krg 10:30 pagi, tapi terputus perhubungan dan tiada khabar sehingga skang ni..Beliau naik sorang2..'' 
- Teks ini dikirim oleh kawan2 saya, guru2 saya di FB. Saya juga baru terbacanya tepat jam 5.00 Petang tadi (25/04/11). 
ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI..maha mendengar...mari lah bersama2 kita mendoakan keselamatan cikgu abdullah zubair supaya dilindungi ALLAH.......warga smkke mennati kedatangan cikgu
3 jam yang lalu · ·


Ramai yang mendoakan Cikgu Zubair, Balik lah......


 Cikgu Abdullah Zubair (kanan) bersama isteri
 

Secara jujurnya, saya terkejut dengan kenyataan ini. Kehilangan Cikgu Zubair benar2 mengejutkan kami semua terutamanya warga SMKE VII . Dimana agaknya Cikgu Zubair? Adakah beliau tersesat jalan? Atau adakah beliau tertidur dalam perjalanan akibat keletihan?? Pelbagai teka teki yang bermain dlm pemikiran kita kini. Menurut sumber, beliau ke Hutan Simpan Bukit Larut petang semalam untuk beriadah seperti biasa yang dilakukannya sebelum ini. Tetapi, mungkin kerana kesilapan teknikal, beliau (mungkin) telah tersesat dan tidak jumpa jalan utk keluar. Insya Allah, sama2 lah kita mendo'akan agar beliau selamat kembali ke pangkuan keluarga tercinta dalam keadaan selamat sejahtera.

1 ulasan:

  1. bersama kita mendoakan agar beliau dalam keadaan selamat.... dan insya'Allah akan selamat ditemui...

    BalasPadam