Selasa, 26 April 2011

MISTERI KEHILANGAN CIKGU ABDULLAH ZUBAIR KINI TERJAWAB

2011/04/26
Taiping: Guru Sekolah Menengah King Edward VII, Abdullah Zubair Ismail, 27, yang dilaporkan hilang selepas mendaki Bukit Larut kelmarin, ditemui mati pada jam 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusuf Md Diah, mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat guru terbabit.
-  Sumber dari laman web ini ( Berita Harian Online )


Berita Harian melaporkan hari ini ( 26/04/11 ) tepat jam 10.45 pagi tadi mengesahkan bahawa Cikgu Kesayangan Warga SMKE VII, Cikgu Abdullah Zubair yang telah dilaporkan hilang 2 hari lalu di Bukit Larut, Taiping telah ditemui dan ketika ditemui beliau dalam keadaan kritikal. Menurut sumber setelah beliau dijumpai, beliau telahpun meninggal dunia, dan polis mempercayai kematian beliau berlaku sekitar subuh / malam tadi.  Ini kerana , terdapat kesan ''injured'' di kepala arwah beserta tangan di sebelah kanannya patah yang kini masih disiasat polis apakah punca dan sebabnya. Cikgu Abdullah Zubair yang baru melangsungkan perkahwinannya tahun lalu telah meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil 4 bulan. Kehilangan ini dapat dirasai, lebih lebih lagi warga SMK King Edward VII, Taiping yang dalam lingkungan persefahaman antara pemain ragbi dengan arwah. Tidak lupa juga dirasai oleh isterinya yang bakal melahirkan cahaya matanya dalam tempoh beberapa bulan lagi. Kehilangan besar ini merupakan lipatan sejarah terbesar yg terjadi di dalam memori dan pasca semasa dalam sekolah ini. Walaubagaimanapun, ketentuan Illahi tidak boleh disangkal lagi. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala perjalanan hidup kita masing2. Kita hanya mampu merancang, Tapi, Dia Yang Esa menentukan segalanya2. Dengan kata2 terakhir dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Abdullah Zubair bin Ismail , saya juga menyeru kepada semua kenalan2 arwah, marilah kita menadah tangan memohon agar Allah SWT menempatkan arwah dalam kalangan orang2 yang beriman, Insya Allah.

ALLAHYARHAM ABDULLAH ZUBAIR BIN ISMAIL BERGAMBAR BERSAMA ISTERI



 HANYA KENANGAN SAHAJA



 KEMATIAN CIKGU ABDULLAH ZUBAIR DIRASAI WARGA SMKE VII



ARWAH BERSAMA CIKGU IZHAM RUSYADI DLM SUATU AKTIVITI PKBM


ARWAH BERSAMA TEAM RAGBI..


 GURU BERDEDIKASI...


 beliau mmg suke berada di fauna...



kenangan yg takkan boleh diputar semula....


kenangan semata2 kenangan....



TEKUN MENGAJAR....



AL-FATIHAH.....

SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DALAM KALANGAN
ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

4 ulasan: