Khamis, 17 Mac 2011

DULU , KINI JADI FASILITATOR DAN ADAKAH SELAMANYA?

Mengendalikan Minggu Orientasi Ting. 1 Tahun 2009


Orientasi Ting. 1 , 2009

di Terong, mengendalikan Kem KRK tahun 2008

 Kem kaunseling ke-11 / 2009

Di UPSI, Tjg. Malim

Penerangan dan taklimat...


cara menghilangkan ngantuk...hahaha...!


Time beri ceramah.....yeaahhaa !!!


alhamdulillah.......


Hari berganti hari, masa terus berlalu, bulan berganti bulan, tahun demi tahun, nama aku walaupun tidak semegah PM, Dato' Sri Najib Razak, tidak setanding Pemain Badminton No. 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei, tidak semulia DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Agong, tidak seatas Pengacara No. 1 Malaysia, Haji Aznil Haji Nawawi dan tidak seiring Penghibur No. 1 Asia suatu ketika dahulum Dato' Sudirman Hj Arshad, namun aku terus berusaha mencapai matlamat dlm merealisasikan impian dan idamanku utk menjadikan aku manusia petah berbicara di pentas acara, pada audiens sekecil2 pelajar sekolah, sebesar2 YB2 yang pernah aku jumpa. Alhamdulillah, rezeki semakin melimpah ruah walaupun aku bukan lagi menjadi warga SMK King Edward VII dan SMK Dr. Burhanudin, tetapi ALLAH SWT memang Maha segala2nya. Dia memberikan aku kelebihan berbicara berbanding dengan orang2 lain. Tidak semua mendapat kelebihan yang serupa dengan aku. Entahlah..berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Ramai jugak sahabat handai yg terdekat bertanya, ''wahh...jadi fc lagi hang yer...dahsyat la hang nie...'',  tetapi pada aku, walau pujian, kritikan, komen2, sindiran, tohmahan, cemuhan, cacian , penghargaan, aku tetap akan teruskan perjuangan aku jika terdapat sebarang dan apa jua jenis jemputan sama ada ceramah kepimpinan, ceramah motivasi, ceramah keagamaan, ceramah pengurusan dan pentadbiran Lembaga2 tertentu seperti pengawas, PRS, Pengawas Pusat Sumber dan lain2 lagi.Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, aku bersyukur padaMu Ya Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta, membela nasib hamba2mu terutamanya pada aku insan yang tiada bapa. Aku sebesar2nya bersyukur padaMu, ke Hadirat Illahi. 
    Sebenarnya seronok jadi fasilitator nie, bukan apa, ia akan mengajar kita erti sebenar kehidupan. Yealah, berbagai2 manusia akan kita jumpa time kita dihadapan audiens. Siapa sangka, dahulunya aku diatas kerusi sebagai seorang  peserta/pendengar ceramah, tetapi kini, aku telah berada dihadapan beratus orang manusia sama ada dari pelajar tingkatan satu 2009-seawal pentadbiran aku dengan Lembaga PRS sekolah dan tahun 2007 apabila aku mencungkil bakat aku dalam perlembagaan Lembaga Pengawas dan Disiplin. Tapi, sekalung budi dan sejambak kasih aku nak ucapkan pada Tuan Haji Mohd Tamizi bin Mohd Amin, Ketua Guru Kaunselor SMKE, kerana beliau laa yang byk aku terhutang budi untuk menjayakan misi ini. Pelbagai rencah kehidupan, pelbagai sikap yg aku jumpa, pelbagai reaksi yang telah aku temui, pelbagai respons yg diberikan, pelbagai perangai yg ditonjolkan, pelbagai karenah yg diusungkan. Kdg2, bila dah berjauhan tue (yang dah jadi rapat), mula laa..rasa nak jumpa,rasa nak dekat, rasa nak selalu berhubung tak kira laa masa, situasi dan tempat walau dgn apa jua cara sekalipun sama ada bermesej, berchatting , ber'e-mel' , menelefon dan macam2 lagi laa......Diorang ni byk agam, ade yang gangster jadi baik bila dgn aku, ade yang mula2 kurang ajar bile mula2 berjumpa lalu akhirnya berubah dari masa ke semasa, dan ade jugak yg terlalu mengada2 macam laa kita takder kerja lain nak buat...=).. hahaha...Alaaa...tue semua benda yang aku rasa happy bile berada disamping diorang....Entahlaa....segala perkara pahit dan manis yang aku kecapi selama ini berkat daripada do'a kesemua junior2 yg ade kot....sebelum tu, aku nak akhiri dengan ungkapan yang baru aku cipta nie,
Aku tidak mahukan 1Benda
Aku tidak mahukan 1Perkara
Aku tidak mahukan 1Nama
Yang aku inginkan 1Kepastian
Yang aku inginkan 1Perhubungan
dan yang paling penting
Yang aku inginkan 1Silaturrahim.
Mungkin dengan barakah daripadaNya,
Insya Allah,,,,,,,,,,,,,=)




2 ulasan:

  1. kecik2 dah nampak tokoh pemimpin... insyaAllah akan jadi pemimpin hebat masa depan ..Dari sekrg rebut peluang yang ada..cari ilmu sebyk mungkin, dapatkan byk pengalaman.. saya nak tengok anda 10 - 20 tahun lagi...pastinya akan jadi org yg luar biasa hebatnya!

    BalasPadam
  2. insya Allah cikgu.....berkat doa cikgu dan sokongan masyarakat setempat saya akn berjaya !

    BalasPadam