Isnin, 14 Mac 2011

KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN (KISDAR) DALAM INGATAN






Ni jer yang tinggal gambar-gambar untuk tatapan pengikut blog saya ini. Sememangnya kenangan terdahulu itu indah dan baik mahupun dari segi mental dan fizikal. Lumrah alam... Fitrah manusia.... Kenangan di jiwa..... Merawat hati duka dan lara... Indah nan sepi penghibur setia..... Rakan seperjuangan mengubati luka di dada... Pabila genap semunya, tinggallah aku keseorangan membawa hati yang tak rela... sememangnya kesedihan ini aku curahkan di malam ini kerana sepi akan kehilangan  rakan yang setia dahulunya. Ku akui, kesilapan dan kesalahan aku tak dapat menyelesaikan masalah yang lepas, tapi apalah sudi kiranya jika kita mengakui bersaudara dan bersatu semula? Ohh !! ini hanyalah mimpi semata-mata. Realiti inilah yang aku tanggung sekarang, Tak dapat menahan sebak didada, berlinangan manik - manik airmata jatuh menyembah bumi. Lidah terkelu, tak dapat berkata apa - apa walaupun dengan satu patah kata. Mataku kaku, terpaku dan tidak berkelip seketika mengenangkan nasibku kini. Astaghfirullahal'azim....... Astaghfirullahal'azim..... Lafaz istighfar sahaja yg dapat menenangkan semula jiwaku. Ibadah solatku juga tak diketepikan, ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani Sekalian HambaNya. Semoga Allah SWT memberikan kesedaran dan ketenangan abadi yang luhur dari hati kesemua rakan rakan ku di KISDAR, akhir kata, aku ingin menadah tangan memohon pertolongan kepadaMu Ya Rabbi , '' ya Allah ya Rahman ya Rahim ! Sesungguhnya Engkau Maha Pencipta, Maha Menyayangi dan Maha Mengasihani. Bukakanlah pintu hati sahabat sahabatku ya Allah agar mereka semua berada dalam kematangan dalam membuat apa jua keputusan, lembutkanlah hati mereka yang keras itu sepertimana Engkau lembutkan hati Fir'aun suatu ketika dahulu, bersihkanlah diri mereka dari prasangka buruk yang memudaratkan talian persahabatan dan jurang perhubungan silaturrahim antara kami, pupuklah mereka dengan belas kasihanMu dan bukti kekuasaanMu  Ya Allah , hindarilah diri kami dan mereka ini dari sifat benci membenci antara satu sama lain dan berikanlah kami perhubungan semula sepertimana Engkau telah mempertemukan kami dahulu Ya Allah.....''
Insya Allah........ Mudah mudahan aku dan mereka semua diberi rahmat dan hidayahNya .

1 ulasan: