Rabu, 16 Mac 2011

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN


 LIRIK LAGU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
Lagu : Syahir AF 8, Juara AF 8/2010

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan


dengan akak Eyza...
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
nad > amir > kak eyza > wawa
Kebahagiaan Dalam Perpisahan


bob dan aku bergosip.....ahaha!!
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
 
 
dalam kelas.....semester 1
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
 
 
Aku > Nad > Kak Eyza di tempat menunggu...
Kebahagiaan Dalam Perpisahan

 
bergambar di KLCC pada trip pertama, 2011
barisan kesemua semester 1 dan 2 hanya tinggal kenangan.
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
 
 
Kisah yang mungkin takkan dapat aku lupakan sepanjang berada dalam komuniti yng berpelajaran. Wahh !! Amat dahsyat dan begitu girang hari apabila mendapat tawaran untuk ke tempat yg baru dan lebih terjamin masa hadapannya. Em....Bagaimana aku harus membiasakan diri dengan rakan2 bila berada di dalam tempat baru nanti?? Em...Haruskah aku seperti dulu? Aku kah Aku?? Em......Lagu diatas jelas menunjukkan bahawa kebahagiaan yang dinikmati tak semestinya dihadapan mata, tak semestinya dekat dihati, malah kebahagiaan yang mutlak sebenarnya boleh dapat dimana2 sahaja asalkan hati dan nurani ikhlas menerima orang dengan tidak membuat apa2 penilaian sama ada individu itu baik mahupun tidak. Sedarlah wahai teman2ku, Adakalanya kita diatas, di puncak kegemilangan , kesenangan, kegembiraan, tapi dalam masa yang sama kekeliruan juga mendominasikan kita kearah tujuan yang serupa. Kita leka dengan arus kehidupan yang kian moden yang sebenarnya melalaikan kita sepertimana Rasulullah SAW pernah bersabda,'' Pabila menjelang akhir zaman nanti, akan ada tanda2 kekecohan, kekeliruan, fitnah yang dahsyat sesama manusia''. Kita haruslah sedar akan ape jua tindakan kita.

1 ulasan: