Selasa, 8 Mac 2011

PELAJAR JUNIOR VS PELAJAR SENIOR

GAMBAR DIAMBIL PADA TAHUN 2008
1 RK SIGMA DAN 1 RK OMEGA

Dari Kiri : Adam Danial, Himie Maziat, Salehan Al Hafiz, Mohd Radzi, Afiq Syauqi
SMKE VII Motor Parking, 2008
  DALAM KENANGAN ABADI


Khaizuran Hadi, Syahmi dan Wan M. Haziq


bergambar bersama Syahmi dan Azri di PSS , 2008


wahh....sempat lagi berposing yer??
Adib > Syafiq Muhsin

1 RK Sigma 2008, adooii...Memeningkan kepala !


Benar cakap org tua2 yang kadang2 kita tak boleh nak menipu diri sendiri dek kerana mahu menjaga hati orang lain yg rapat dengan kita, Kenapa masyarakat moden sekarang tidak lebih cenderung untuk memantapkan prestasi pelajar2 remaja masa kini? Adakah dengan sikap keibubapaan yang lampau masih menyelubungi hidup?? 

Aku kadang2 menginginkan bahawa masa diputar kembali menjadi dahulukala yg menjadi fenomena indah dalam apa jua situasi. Ya ! Mahu kembali ke zaman dulu ! Mengapa? Mungkin kerana pergaulan aku dengan pelajar junior yg telah membuatkan aku separuh gila dek kerana mereka. Ianya tercetus akibat pergaulan rapat antara aku dan mereka juga merupakan pergaulan yang seiring dengan kehendak ibu dan bapa mereka, Tidak hairanlah jika saya berkata yang pelajar2 junior sekarang kdg2 lebih berani mempersendakan kita hatta di hadapan umum sekalipun. Sikap yag buruk inilah yg kita dapat pabila menjelang pelbagai asuhan moden yang kian meningkat kini.

Pelajar2 senior seharusnya menunjukkan contoh yg paling terbaik untuk mas hadapan adik2 sebangsa dan seagama dengan kita. Bukanlah lagi hendak membuli, menyuruh, mengarah, mengkritik, dan lain2 lagi perkara kurang sihat. Mereka (junior) seharusnya diberi tunjuk ajar, diberi bimbingan, diberi asuhan , diberi penghargaan dan sebagainya melalui aspek yang mereka (junior) ceburi. Psikologi yg mendalam perlu diselitkan sedikit utk membahagiakan mereka disamping mengajar mereka erti sebenar kehidupan di dunia dan akhirat.

Toleransi dan komunikasi antara 2 pihak inilah yg kita inginkan selama ini. Kadang2 memang ianya dilakukan dengan bersungguh-sungguh tetapi pada peringkat mulanya sahaja, seperti kata pepatah hanya ''hangat2 tahi ayam'' sahaja. Waahh !!! Mereka (junior) sebenarnya juga adalah tunjang dan nadi untuk kita menentukan kita sama ada jatuh bangun kita, pahit manis kita, dan sgla macam masalah kita. Tetapi, di masa kini, terlalu bersepah perkara2 yg tidak diingini berlaku antara junior dan senior. Contohnya seperti senior mengajar junior cara merokok, mengajar bagaimana cara untuk memonteng sekolah, mengajar untuk biadap dengan guru2, mengajar utk berkelakuan tidak senonoh pada kaum yg berlainan jantina, mengajaar utk menconteng dididing sekolah, dan mengajar utk membuat segala mcm hal perkara negatif.

Adakah fenomena kurang sihat ini yang kita mahukan pada zaman anak cucu kita nanti? atau apakah mungkin sekali zaman anak cucu kita lagi lebih dahsyat lagi berbanding kini? Adakah zaman akan datang lebih memberi kesedaran kepada keturunan dan bangsa kita? Ya Allah Ya Rahman Ya Mukminin Ya Rahim.... Engkau berkatilah segala usaha kami untuk membendung gejala JUNIOR VS SENIOR ini Ya Allah.....
Renung2 kan laha... Bahawa kita juga pernah menjadi junior, kita juga pernah berkedudukan kecil, kita juga pernah menjadi tingkatan 1, 2, 3. Adakah Tingkatan 4, 5, 6 Bawah dan 6 Atas semuanya sempurna 100 % ? Ingatlah seberapa tinggi nya kita, Dia Yang Esa lagi tinggi darjatNya....Kita hanya manusia kecil dan kerdil dipandang kecil oleh Allah SWT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan